Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Balik Raya Sah Jem, Pastikan Bawa 9 Barang Penting Ini!
Autotainment

#ApaNakBuat: Balik Raya Sah Jem, Pastikan Bawa 9 Barang Penting Ini!

FarahBy Farah02/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS lebih dua tahun tidak dapat pulang beraya kerana pandemik Covid-19, tahun ini pasti ramai yang mengambil kesempatan pulang beraya di kampung halaman.

Bercakap mengenai raya, kita tak dapat lari dengan kesesakan trafik luar biasa. Sebagai contoh, kalau hari biasa pulang ke kampung hanya mengambil masa lima jam, tetapi menjelang Aidilfitri, boleh jadi masa perjalanan jadi 12 jam dan sebagainya.

Sudahlah penat memandu perjalanan jauh berjam lama, bagi yang sudah berkeluarga, boleh pula anak-anak bergaduh atau menangis dalam kereta. Memang boleh buat stres dan pening kepala! Mari kami kongsikan senarai barang yang wajip ada dalam kereta ketika pulang ke kampung halaman.

1. Pengecas Telefon atau Bank Kuasa (Powerbank)

Penting untuk pastikan telefon bimbit kita sentiasa cukup bateri untuk memudahkan berhubung dengan sesiapa, terutama jika berlaku masalah di tengah jalan. Tambahan lagi jika kita menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps.

2. Air

Bawa sebotol besar air sebagai minuman keluarga atau hal kecemasan. Mungkin ada menganggaop tidak perlu kerana air mudah didapati di stesen minyak. Namun harus ingat, anda dalam perjalanan pulang berhari raya. Boleh jadi mengambil masa berjam lama sebelum dapat tiba ke stesen minyak.

3. Makanan

Cukup sekadar alas perut atau mengunyah untuk hilangkan bosan. Kalau ada anak, sila siapkan pek kecil biskut, roti, atau seumpamanya. Apabila kenyang, semua penumpang dalam kereta jadi senang.

4. Mainan Anak

Jika ada anak, bawalah sesuatu yang boleh membuatkan mereka fokus, seperti pelekat dan mainan kecil. Sesiapapun kalau berada lama dalam kereta, memang rasa tak keruan. Jadi rancanglah sesuatu untuk mengisi kebosanan mereka dalam kereta.

5. Tisu Basah atau Kain Lap

Inipun sangat penting. Bayangkan jika tiba-tiba anak termuntah dalam kereta. Lebih mudah jika ada tisu basah atau kain lap. Lagi satu, kain lap juga sangat berguna jika tiba-tiba kereta mengalami masalah panas lampau (overheat) dan kita perlu buka penutup radiator yang panas menggelegak.

6. Pen dan Buku Kertas untuk Ditulis

Mesti ada yang fikir hendak buat dengan pen dan kertas? Guna cara tradisional sebenarnya lebih baik untuk menulis sesuatu yang penting. Anda boleh menulis nombor telefon atau sebarang maklumat penting, misalnya jika terpaksa parkir berganda (double park) di kawasan sesak. Tulis nombor telefon anda dan letakkan atas papan pemuka.

7. Kit Pertolongan Cemas

Cukup dengan barangan asas seperti pembalut, salap atau krim anti-bakteria, dan pil tahan sakit seperti panadol. Ini kerana apa-apa saja boleh berlaku ketika kecemasan. Jangan lupa juga bawa minyak angin untuk digunakan jika sakit kepala.

8. Tayar Spare dan Peralatan

Ini antara benda paling wajib, pasti tayar simpanan (spare) ada. Insiden tayar pancit atau bocor dalam perjalanan antara situasi paling kerap berlaku. Sebelum bergerak, periksa dulu kondisi tayar, adakah masih elok dan cukup tekanan angin? Tidak lengkap hendak menukar tayar jika tiada set peralatan lengkap seperti jek tayar, dan spanar.

9. Bawa Nombor Telefon Kecemasan

Mungkin anda terlepas pandang hal ini. Sila cetak atau tulis nombor telefon untuk kegunaan kecemasan seperti operator lebuh raya, nombor khidmat pelanggan syarikat insurans kereta, nombor mekanik dan nombor individu berkaitan. Tiadalah pening kepala kalau tiba-tiba kereta terkandas tengah jalan atau terbabit kecemasan.

BACA>>> Gigih Bawa Stok Air Katira dari JB ke Klang, Peniaga Rela Penuhkan Ais dalam Ativa
BACA>>> Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

10 Barang Penting Wajib Bawa Aidilfitri apa nak buat autotainment hari raya jem teruk Tip Auto tips pulang beraya
Farah

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.