Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBANYAKAN motosikal moden hari ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi tidak semua jenis jentera dilengkapi ciri tersebut (biasa ada pada motosikal jenis sportbike atau berkuasa besar). Ada penunggang tidak mampu membeli motosikal dengan sistem berkenaan yang pastinya berharga lebih premium.

BACA >>> Keselamatan Semakin Penting, Tetapi Kenapa Tidak Semua Motosikal Ada ABS?

Jadi, apa perlu dilakukan ialah cuba belajar teknik membrek dengan betul, terutama dalam situasi jalan basah. Ini 5 tip yang yang perlu anda praktikkan apabila perlu membrek atas permukaan basah.

1. CARI RUANG SELAMAT

Cari permukaan jalan baik atau rata dan bebas laluan trafik. Lokasi terbaik ialah ruang parkir, cuma berhati-hati dengan garisan putih, terutama permukaan lembap. Cat basah pada apa jua permukaan tidak memberikan cengkaman yang baik sebelum anda ada cukup masa bertindak balas.

2. KUNCI UTAMA – KELANCARAN

Dengan kemahiran yang ada, kelancaran ialah kunci utama untuk mendapatkan keputusan terbaik daripada brek motosikal anda. Jika membrek terlampau keras, anda berdepan risiko besar kerana roda depan dan belakang akan terkunci.

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

Jadi, tekanlah brek perlahan-lahan untuk memaksa tayar bersatu dengan permukaan tar sebelum meningkatkan tekanan brek supaya motosikal dapat dihentikan secara maksimum. Jika lulus ujian ini, mula kumpul pengalaman menerusi tunggangan jarak dekat supaya tidak hilang tumpuan kerana jarak perjalanan jauh akan membuatkan kita letih dan hilang fokus.

3. TINGKATKAN PENGALAMAN PERLAHAN-LAHAN

Fokus kepada brek depan dan dapatkan tekanan secara berperingkat supaya kita mahir tentang seberapa banyak kerja dan prestasi brek yang diperlukan. Kita juga perlu mula memahami dan merasai atau dapat membaca apa dimahukan tayar depan. Ini termasuk mendengar dengan teliti tentang setiap ‘pesanan’ dan respon dikirimkan roda.

4. BERSEDIA UNTUK ‘SKID’

Pada saat sebelum tayar menggelungsur atau skid, jentera akan hilang kelajuan dengan cepat dan gerak hati seakan memberitahu kita supaya segera ‘melepaskan diri’. Apabila berdepan situasi tersebut dan rasa bahagian depan mula hilang cengkaman, lepaskan saja tuil brek untuk menstabilkan jentera.

Ini mungkin kedengaran drastik, tetapi jika kita dilatih perlahan-lahan menerusi pengalaman, kita akan dapati sebenarnya ada titik besar apabila tayar mula skid, dan tugas mengawal jentera akan jadi semakin mudah sebelum lama kelamaaan tersemat sebagai gerak hati.

5. FOKUS BAHAGIAN BELAKANG

Situasi skid pada roda belakang adalah lebih mudah berbanding depan kerana fokal berat jentera dan ini tidak terlalu membimbangkan. Jika berlaku di depan, bangkit perlahan-lahan dan cuba rasakan titik bilakah tayar akan mula skid dan kemudian lepaskan brek supaya kawalan dapat pulih semula. 

SUMBER: MCN

ABS autotainment brek motosikal roda2 Sistem Brek Antik-Kunci (ABS) tip tip brek
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.