Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Tip Bawa Kucing Kesayangan Naik Kereta
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Tip Bawa Kucing Kesayangan Naik Kereta

FarahBy Farah08/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA perlu bekerja luar kawasan, atau balik kampung beraya, mesti ada yang pening kepala memikirkan siapa hendak tengok-tengokkan kucing kesayangan kita. Jadi mahu tidak mahu kita pun terfikir bawa saja kucing itu.

Namun, kepada yang baru membela kucing atau sudah lama tidak bawa kucing berjalan jauh, mungkin takut haiwan kesayangan itu tiba-tiba meragam.

Jadi kami nak kongsikan tip yang dapat memudahkan anda dan kucing selesa sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Lagi-lagi persediaan yang perlu kita lakukan sebelum bertolak. Ini tips boleh dicuba.

BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat 'Pot' dalam Yamaha NMAX

 1. Biasakan Kucing dengan Kereta

Beberapa hari sebelum pulang ke kampung, bawa kucing dalam kereta dan dudukkan dengan mereka di kerusi belakang. Berikan snek dan belailah kucing dalam kereta. Ini dapat memberi peluang kucing anda meneroka untuk membiasakan dalam suasana kereta.

  2. Puasakan Kucing

Puasakan kucing sebelum perjalanan untuk mengelakkan haiwan itu buang air dalam kereta.  Kucing boleh berpuasa dari makan dan minum selama 10-12 jam.  Jadi beberapa jam sebelum bergerak, jangan beri makan dan minum. Berilah selepas kucing membuang air. Jika kucing anda mudah tidak senang duduk atau motion sickness, berilah makanan dalam kuantiti sedikit.

3.  Bawa Carrier

Bawa carrier jika kucing cepat panik. Jangan biarkan kucing bergerak terlalu bebas dalam kereta kerana ada masa kucing pergi ke tempat pemandu. Boleh jadi tanpa sedar, mereka terduduk bawah pedal hingga susah kita membrek.

4. Bersedia Huru-Hara Terjadi

Siap sedia dengan tisu basah, tuala wanita, pelapik khas untuk bersihkan najis dalam situasi luar jangkaan. Ada juga kes kucing muntah tiba-tiba. Bawalah plastik sampah dan air untuk mencuci. Kucing ‘morning sickness’ kebiasaanya akan mengalami masalah air liur meleleh. Anda juga boleh dapatkan ubat kucing untuk panik di klinik veterinar.

5. Rancang Perjalanan

Kenal pasti lokasi berhenti untuk kucing gunakan kotak pasir setiap 2-3 jam supaya mudah membuang. Ingat, jika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR), jangan tinggalkan kucing dalam keadaan enjin dimatikan.

Pastikan bawa mainan supaya kucing ada aktiviti dan boleh buatkan leka bermain, sekali gus meberikan mood gembira buat si comel itu.

BACA >>> Kucing, Ayam Puas Ikut Tuan Jalan-Jalan Naik Motor
BACA >>> Siapa Cetus Trend Pelekat Kucing Goyangkan Ekor di Cermin Belakang Kereta?

apa nak buat autotainment balik beraya Kereta kucing kucing naik kereta Tip Bawa Kucing Naik Kereta
Farah

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.