Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 4 Tip Penjagaan Cat Kereta yang Perlu Anda Buat
Autotainment

#ApaNakBuat: 4 Tip Penjagaan Cat Kereta yang Perlu Anda Buat

ArifBy Arif04/11/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CAT kereta biasanya akan mengalami degradasi selepas beberapa tahun digunakan yang mula nampak kusam.

Pemilik kereta digalakkan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan kondisi cat nampak baharu dan cantik supaya nilai jual semula kereta tinggi. Ini kerana kondisi cat kereta menjadi antara aspek penting bagi mereka yang mahu membeli kereta terpakai.

Pemandu perlu cuba mengelak kereta daripada terkena tompokan najis burung, getah pokok atau cucian kereta yang tidak memuaskan. Jadi ada beberapa tip yang boleh dilakukan untuk melindungi cat kereta anda.

1. Najis Burung

Kadangkala nasib tidak berapa baik apabila najis burung jatuh menimpa atas bumbung kereta atau badan kereta.

Najis burung mampu mengakis dan jika dibiarkan lama mampu menanggalkan cat. Jadi bagi mengelakkan kerosakan cat lebih serius, apa perlu anda buat adalah mencuci najis burung secepat mungkin dan jangan dibiarkan hingga beberapa hari dengan alasan mahu menunggu masa menghantar ke kedai cuci kereta.

2. Getah Pokok

Getah pokok yang melekat dan mengering atas permukaan kereta juga dapat merosakkan cat. Walaupun kekas kakisan tidak sekuat najis burung, tetapi tetap perlu dibersihkan segera. Anda juga mampu menyelamatkan cat dengan cuba untuk tidak meletakkan kereta bawah pokok.

3. Cucian Kereta Sempurna

Kotoran boleh menyebabkan kerosakan pada cat kereta. Jika tidak dibersihkan segera memang boleh memudaratkan fizikal kereta dalam jangka masa panjang seperti masalah kakisan dan karat.

Jika musim hujan, anda digalakkan mencuci kereta jika kotor. Ini kerana kandungan hujan mempunyai asid yang boleh mengakis lapisan cat pelindung (clear coat) dan juga kemasan krom pada kereta. Boleh gunakan agen pencuci yang lembut dengan nilai pH rendah dan digosok menggunakan span, berus atau kain lembut (jenis mikrofiber) dan bersih.

Lebih baik jika anda dapatkan perkhidmatan cuci kereta profesional.

4. Gilap dan Lilin (Polish and Wax)

Selepas lama digunakan, cat kereta tidak lagi berkilat dan berkilau seperti baru dibeli. Anda boleh melihat sendiri kesan calar halus pada kereta.

Jika perasan kesan itu, sudah tiba masa kereta anda digilap dan dililinkan. Ini kerana proses menggilap dapat menghilangkan kesan minyak, gris, lumpur dan calar halus pada badan kereta. Bahan digunakan pula mengandungi bahan kimia mikro yang  mampu membersihkan permukaan cat dengan lembut.

Proses melilinkan kereta juga mampu mengekalkan kesegaran cat dan melindungi daripada kondisi cuaca tidak menentu. Analogi mudah, menggilap dan melilin kereta bolehlah diibaratkan seperti rawatan penjagaan muka yang kita amalkan.

Cat kereta mampu bertahan lama jika anda melakukan langkah pencegahan awal dengan mengikut tip yang tepat.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Lebih Berbaloi, Wrap atau Cat Kereta?

apa nak buat autotainment Cat Kereta Tip Jaga Cat Kereta
Arif

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026

    1 Comment

    1. proton branch on 05/02/2023 10:11

      kena rajin polish.. betul pendapat tuan juga

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.