Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Kesan Kedudukan Enjin FWD, RWD dan Enjin Tengah Terhadap Kawalan Pemanduan?
Autotainment

Apakah Kesan Kedudukan Enjin FWD, RWD dan Enjin Tengah Terhadap Kawalan Pemanduan?

TalibBy Talib06/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENJIN berperanan menggerakkan kereta yang kebiasaannya dipasangkan di bahagian depan, disebut sistem pacuan roda depan (FWD). Konfigurasi ini sinonim dalam pembuatan kereta kerana memberikan banyak penyelesaian mudah kepada jurutera.

Asasnya, jika kedudukan enjin di depan, perubahan hanya melibatkan rekabentuk komponen sekeliling trenkuasa. Selain pacuan dua roda (2WD), ada juga pacuan empat roda (4WD) yang menyambungkan semua roda untuk bergerak serentak atau secara berasingan, bergantung pemanduan.

Apa yang pasti, inilah asas kedudukan enjin yang dihasilkan banyak pengeluar automotif.

BACA >>> #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

Apabila membabitkan aspek berlainan mengenai kebolehupayaan, jurutera ada pelbagai penyelesaian yang digunakan bagi meningkatkan prestasi sesebuah kereta.

Penyelesaiannya, kedudukan enjin cenderung mengubah kesesuaian komponen kereta lain. Ini berkait rapat pemilihan kedudukan roda yang memacu kereta tersebut. Kedudukan enjin untuk 4WD dan semua roda (AWD) terkecuali daripada konsep ini kerana agihan kuasa pacuan dibahagikan kepada keempat-empat roda.

UJIAN KAWALAN PORSCHE CAYMAN S DAN PORSCHE 911 GT

Porsche Cayman S (Mid-Engine)
Porsche 911 GT3 RS (RWD)

Topik ini sudah dibahaskan teliti laman web Car and Driver. Dalam analisis itu, perbandingan dibuat melibatkan Porshe Cayman S (enjin antara pemandu dan gandar belakang, disebut enjin tengah) dan Porshe 911 GT (enjin belakang). Perbandingan menumpukan aspek prestasi dalam pandu uji di lima litar ujian kawalan.

Hasil keputusan perbandingan, Porshe 911 GT didapati mengungguli empat daripada keseluruhan ujian. Kawalan lebih baik menjadi milik kereta dengan enjin belakang (RWD) berbanding enjin tengah (mid-engine). Walaupun perbandingan tidak menggambarkan keperluan setiap pemandu, tetapi apa boleh kita fahami, pelbagai prinsip yang dibandingkan menjurus kepada kesan kedudukan enjin terhadap kawalan kereta.

Mari kita fahami serba sedikit karakter setiap konfigurasi enjin yang melibatkan banyak hukum fizik dan kejuruteraan. Kami akan cuba berikan penjelasan mudah dalam artikel ini.

BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Petrol Oktana Tinggi Buat Enjin Lebih 'Power'?

1. ENJIN PACUAN RODA DEPAN (FWD)

Enjin pacuan roda depan (FWD) ialah konsep paling biasa digunakan pengeluar kereta. Jadi, sudah jadi kebiasaan untuk kita melihat kereta FWD atas jalan raya Malaysia dan dunia. Kedudukan enjin sebegini sangat praktikal bagi tujuan penyelenggaraan dan sangat mudah disusun atur. Ia turut memberikan ruang kabin lebih luas untuk penumpang.

Jika dilihat penggunaan semasa, banyak kereta FWD boleh dinaik taraf untuk mendapatkan pemanduan lebih baik. Namun jika dibandingkan prestasi keseluruhan, konfigurasi tersebut memiliki kekurangan dan menyebabkan banyak pengeluar memilih tetapan ini untuk kereta penumpang biasa.

Pembrekan FWD vs RWD.

Pemahaman paling mudah, kereta RWD adalah paling bagus dalam aspek prestasi. Kehilangan tenaga kinetik yang diperlukan untuk menggerakkan tayar belakang adalah pembaziran kepada prestasi kereta FWD.

Hukum fizik menunjukkan ada tambahan momentum yang tidak diperlukan ketika menghentikan kereta. Ini kerana berat kereta akan bergerak ke depan ketika berhenti, sekali gus mengurangkan keupayaan kereta untuk berhenti lebih efektif.

2. ENJIN PACUAN RODA BELAKANG (RWD)

Enjin pacuan roda belakang (RWD) dipasangkan di belakang atau lebih mudah difahami, di bahagian but, dan sangat popular untuk kereta sport. Ini kerana sumber tenaga yang diletakkan pada gandar belakang mampu meningkatkan pecutan dan keupayaan membrek.

Ramai mungkin mempersoalkan hal pecutan. Ini memang  lumrah, tenaga lebih mudah menolak beban ke depan daripada ditarik dari hadapan. Berat terkumpul banyak di belakang yang menambah cengkaman tayar atas jalan. Kembali kepada keseluruhan prestasi kereta RWD. Saiz kereta jenis ini biasanya lebih kecil dengan kapasiti maksimum dua penumpang saja. Ini bermakna tambahan beban lebih rendah dan jurutera lebih mudah menetapkan aspek kejuruteraan .

Pengurangan saiz keseluruhan akan meningkatkan kawalan kenderaan. Jenis kereta sebegini biasanya lebih kecil dari segi ketinggian dan berat keseluruhan.

Kereta RWD lebih kerap mengalami isu belokan lebih (oversteer).

Ada yang sangat rendah hinggakan kayu pengadang tol pun lebih tinggi. Di sebalik kelebihan keseluruhan kawalan, kereta ini berkemungkinan mengalami permasalahan belokan lebih (oversteer), iaitu situasi belakang kereta terkeluar dari garis depan, macam ekor ikan.

Kereta ini memang sedikit sukar dikawal dalam cuaca buruk, tetapi itu perkara biasa kalau hendak kereta laju. Pemandu yang sukakan situasi ini memang gemarkan kesan ini kalau masuk trek hujung minggu.

BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu

3. ENJIN TENGAH (MID-ENGINE)

Kereta enjin tengah (mid-engine) memang jarang ditemui berbanding jenis enjin lain. Namun menurut Car and Driver, enjin tengah adalah kedudukan paling optimum kerana terletak antara kawasan pemanduan dan gandar belakang.

Kedudukan itu memberikan agihan jumlah berat lebih seimbang, termasuk pusat graviti (CoG) dan tahap cengkaman lebih baik. Faktor tersebut akan memberikan keseimbangan kepada kereta  kerana berat bertumpu di tengah dan mudah dikawal.

Jadi, kereta dipandu lebih mudah dikawal. Faktor ini mungkin kurang dibincangkan pemandu. Namun, ia sebenarnya memberikan impak terhadap pemandu ketika mengambil selekoh tajam di trek.

KESIMPULAN

Berdasarkan asas pengetahuan kejuruteraan untuk kawalan pemanduan, enjin tengah memberikan imej lebih baik dari segi kawalan kenderaan berbanding dua konfigurasi lain. Namun, berdasarkan praktikaliti dan keseluruhan konsep sesebuah kereta, konfigurasi enjin FWD paling sesuai untuk kawalan dan ruang buat pemandu dan penumpang.

Walaupun kehilangan kuasa sedikit sebanyak menjejaskan prestasi, tetapi sedikit pengubahsuaian mampu mengatasi permasalahan berkenaan.

SUMBER: CarAndDriver | HowStuffWorks.com

Auto Terkini autotainment Enjin Tengah (Mid-Engine) Kawalan Pemanduan konfigurasi enjin Pacuan Roda Belakang (RWD) Pacuan Roda Depan (FWD) Roda4
Talib

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.