Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Al-Haj Dapat Status ‘Greenfield’ untuk Insentif Pasarkan Kereta Proton di Pakistan
Auto Terkini

Al-Haj Dapat Status ‘Greenfield’ untuk Insentif Pasarkan Kereta Proton di Pakistan

Han OthmanBy Han Othman04/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KONGLOMERAT Al-Haj Group dianugerahkan status Greenfield daripada Kementerian Industri dan Pengeluaran Pakistan yang membolehkan kenderaan Proton dipasangkan dan dihasilkan di negara itu.

APAKAH GREENFIELD?

Status Greenfield ditakrifkan sebagai penubuhan fasiliti pembuatan dan pemasangan automotif  baharu dan bebas untuk mana-mana pelabur yang mahu mengeluarkan kenderaan yang tiada dalam pasaran Pakistan.

BACA >>> Proton Buka Kilang di Pakistan, Raih Dana Bank China RM1.88b, Sasar Nombor 3 di Asean

Apabila mendapat status tersebut, Kerajaan Pakistan akan memberikan insentif seperti:

  • Pengecualian cukai untuk membina fasiliti pembuatan dan pemasangan buat kali pertama. Ini termasuk pengecualian 50 peratus duti import untuk 100 unit CBU varian sama bagi menguji pasaran selepas projek pecah tanah bermula.
  • Kadar konsesional duti kastam, atau 10 peratus untuk komponen bukan tempatan, dan 25 peratus (tempatan) selama lima tahun untuk pembuatan kenderaan.
  • Pengecualian duti kastam untuk semua komponen import (tempatan dan bukan tempatan) bagi pembuatan trak, bas dan kepala treler selama tiga tahun.
  • Polisi sedia ada untuk industri motosikal yang diluluskan Kerajaan diteruskan.

PROTON DI PAKISTAN

Mahathir dan Li Chunrong
Mahathir dan Imran Khan

Proton pada Ogos tahun lalu memeterai perjanjian dengan Al-Haj Group untuk membina kilang pembuatan di Karachi. Kemudian pada April tahun ini, berlangsung pula majlis Perjanjian Bantuan Teknikal dan Pelesesan untuk Projek Pemasangan Proton, antara Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO), Dr Li Chunrong dan Pengarah Urusan Al-Haj Group, Bilal Khan Afridi.

Perjanjian tersebut disusuli pengumuman Proton Holdings dan Al-Haj Automotive Private Limited untuk membangunkan fasiliti pembuatan kenderaan Proton di Karachi, Pakistan. Satu upacara simbolik pecah tanah dilakukan pada 22 Mac 2019 di Islamabad yang dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

BACA >>> Pakistan Lancar Kempen Katakan Tidak untuk Mat Rempit Wheelie!

Berdasarkan perjanjian, Al-Haj akan menjadi pengedar rasmi kenderaan Proton di Pakistan. Pengeluar tempatan itu juga akan membina kilang pemasangan tempatan (CKD) dengan pelaburan bernilai AS$30 juta (RM124 juta), dan dijangka beroperasi menjelang Jun 2020 serta memiliki kapasiti pengeluaran 25,000 unit setahun.

Kilang pembuatan itu juga membolehkan Proton menambah baik akses pasaran automotif di Pakistan dengan menyediakan 2,000 peluang kerja langsung dan 20,000 secara tidak langsung menerusi vendor tempatan.

BACA >>> Proton Eksport 225 Unit Saga, Exora dan Preve ke Mesir

Sebagai permulaan, Proton dijangka memasangkan dan melancarkan Saga dan Exora berdasarkan beberapa foto bocor dua model itu sedang dipandu uji. Selain Proton, Al-Haj turut memasarkan jenama FAW dari China.

SUMBER: PakWheels.com

Al-Haj Al-Haj Group Auto Terkini Bilal Khan Afridi Greenfield Li Chunrong Pakistan Proton PROTON Holdings Berhad Proton Pakistan Status Greenfield
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.