Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ahmad Zahid: Halaju 30kmj di Kawasan Sekolah Demi Keselamatan Semua
Auto Terkini

Ahmad Zahid: Halaju 30kmj di Kawasan Sekolah Demi Keselamatan Semua

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SECARA purata, 67 orang termasuk pelajar dilaporkan maut dalam nahas jalan raya di kawasan sekolah setiap tahun.

Statistik itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum mengumumkan cadangan menurunkan kadar halaju di kawasan sekolah.

Ahmad Zahid berkata;

Purata kematian ialah 67 kematian setiap tahun di kawasan sekolah. Apa dicadangkan jawatan kuasa ini (Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya – JKMKKJR) adalah menurunkan halaju kepada 30kmj di kawasan sekolah.

“Dan juga menyediakan bonggol (di kawasan sekolah) tanpa melibatkan peruntukan tambahan daripada mana-mana Kementerian, tetapi pihak PBT (pihak berkuasa tempatan) dan pihak sekolah boleh bekerjasama untuk melakukannya (bina bonggol).”

Beliau menjelaskan, mesyuarat JKMKKJR ada mengadakan perbincangan penetapan kelajuan maksimum 30kmj di kawasan sekolah sebagai inisiatif meningkatkan tahap keselamatan jalan raya untuk pengguna jalan raya berisiko tinggi, termasuk golongan kanak-kanak.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 322 kes kemalangan, termasuk kematian direkodkan di kawasan sekolah sepanjang tahun lalu.

Ahmad Zahid berkata lagi;

Kadar semasa had laju ialah 40kmj, secara relatifnya berdasarkan dapatan kajian antarabangsa, sekiranya
kelajuan dikurangkan 1kmj, ia mampu mengurangkan 4 hingga 5 peratus kematian.

“Jika purata kelajuan dikurangkan 5 peratus, berupaya mengurangkan risiko kemalangan maut sebanyak 30 peratus.

“Mesyuarat bersetuju penetapan dasar had kelajuan 30kmj di kawasan sekolah. Bagaimanapun, satu Pasukan Petugas perlu diwujudkan bagi menetapkan jangka masa yang sesuai, mengenal pasti zon mula dan tamat dan mewartakan had kelajuan di kawasan sekolah.

“Sebagai satu tanggungjawab sosial, saya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia mewujudkan kolaborasi antara sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk membina bonggol bagi mengurangkan kelajuan kenderaan supaya pelaksanaan 30kmj lebih berkesan.”

Anthony Loke Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Polis Diraja Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.