• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / AGV Sportmodular - Helmet dengan Gentian Karbon Penuh, Seberat 1.3kg Sahaja

AGV Sportmodular - Helmet dengan Gentian Karbon Penuh, Seberat 1.3kg Sahaja

April 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

486
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA helmet dari Itali, AGV sudah berada di pasaran dunia hampir 70 tahun dan digunakan ramai pelumba terbaik dunia. Terkini, pengeluar topi keledar itu memperkenalkan produk helmet baharu, AGV Sportmodular.

Produk itu ialah helmet modular pertama di pasaran yang menggunakan material gentian karbon sepenuhnya untuk kerangka atau shell termasuk gad dagu. Material ringan itu berjaya mengurangkan berat helmet kepada 1,295 gram atau lebih kurang 1.3kg sahaja. Tetapi, pada masa sama mampu memberikan perlindungan impak seperti Pista GP-R (helmet dipakai Valentino Rossi).

BACA >>> Bawa Kapcai Pakai Helmet Full-Face, Problem?

Bahagian kerangka juga didatangkan dengan ciri pandangan panoramik 180° dan sistem pengudaraan modular boleh laras. Lebih versatil, pelapik dalam boleh diterbalikkan untuk kegunaan musim sejuk atau panas. Kunci d-ring diperbuat daripada titanium yang dipadankan dengan sistem kunci visor di atas.

Bagi meningkatkan praktikaliti, AGV turut memasang sistem interkom, cermin hitam yang boleh naik-turun dan visor  yang terdiri daripada kanta optik kelas satu. Malah mekanisme buka-kunci visor adalah mudah walaupun menggunakan sarung tangan.

BACA >>> BluSnap - Gajet Penyaman Udara untuk Sejukkan Ruang Dalaman Helmet Full-Face

Harga AGV Sportmodular tidak murah berdasarkan material solid digunakan. Helmet ini didatangkan dalam tiga saiz berbeza dengan dua pilihan saiz visor. Terdapat juga beberapa pilihan semburan cat. Di pasaran Amerika Utara, harga versi tanpa cat ialah AS$750 (RM2,899), manakala versi cat AS$850 (RM3,286). Kalau di Malaysia, harga itu mungkin meningkat berkali ganda.

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

486
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: agv, AGV Sportmodular, aksesori, helmet, helmet AGV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my