• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BluSnap - Gajet Penyaman Udara untuk Sejukkan Ruang Dalaman Helmet Full-Face

BluSnap - Gajet Penyaman Udara untuk Sejukkan Ruang Dalaman Helmet Full-Face

January 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

900
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT India, BluArmor melancarkan helmet full-face, BluSnap yang dilengkapi sistem penyejukan menyejat berkuasa bateri dan dijual pada harga mampu milik, cuma Rs1,609 (RM102) sahaja.

Helmet itu dimuatkan tangki air dan kipas yang akan menghembuskan air sejuk menerusi penapis anti bakteria boleh tukar. Keseluruhan sistem dikuasakan bateri boleh cas semula yang mampu bertahan selama 10 jam. Lebih kurang sama hayat telefon pintar yang digunakan pada tahap sederhana.

BACA >>> CrossHelmet X1 - Helmet Pintar dengan Sudut Pandang 360°, Selamat Tinggal 'Side Mirror'!

Sistem tersebut perlu dipasang pada bahagian depan mulut helmet, diikat menggunakan getah jerut seperti tali gogel untuk berenang. Kemudian, tiub kecil yang menjalar di bawah dagu pemakai akan berfungsi memberikan penyejukan dengan udara bebas bendasing.

helmet-blusnap-cooling-6
helmet-blusnap-cooling-7
helmet-blusnap-cooling-8
helmet-blusnap-cooling-9

Sistem BluSnap itu juga padan dengan semua helmet full-face dan ada butang untuk dihidupkan dan dimatikan apabila tidak digunakan.

Walaupun penggunaan gajet tambahan itu sedikit sebanyak mengubah penampilan asal helmet yang dipakai, tetapi tidaklah nampak kelakar dan pelik sangat. Sekali pandang tidak ubah seperti topeng yang dipakai skuad anti keganasan yang sedang menggempur markas musuh.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ...

Tetapi apa yang paling penting, si pemakai dapat menikmati udara segar yang tidak ubah seperti sedang menunggang di laluan pergunungan sekitar Kundasang, Sabah dan jalan raya tepian bendang di Kubur Panjang, Kedah. Tangki air pula menurut laporan, mampu menampung kapasiti hingga 2 liter.

Namun nampak semacam tidak betul pula apabila melihat gambar diberikan. Kalau 2 liter, saiznya lebih besar daripada botol Coke (1.5 liter) yang biasa dibeli untuk menjamu tetamu dan kekasih hati yang datang berkunjung ketika Raya. Berdasarkan gambar ditunjukkan, kapasiti air cuma lebih kurang 500ml dan perlu diisi lebih kerap setiap dua jam selepas digunakan terus menerus.

Ada 5 pilihan getah jerut ditawarkan dalam pelbagai warna dan rekabentuk. Jika berminat, anda boleh pra tempahan di laman web BlurArmor. Amacam, ngam?

BluSnap Interactive 3d
by Foley
on Sketchfab

SUMBER: BluArmor

Artikel Berkaitan

900
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, autotainment, BluArmor, BluSnap, helmet, helmet aircon, helmet penyaman udara, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my