Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron
Auto Terkini

Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Han OthmanBy Han Othman27/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN kenyataan daripada laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) agak mengelirukan dengan status asal disunting daripada ‘prototaip’ (dieja Inggeris: prototype) kepada ‘model’, perlu juga kita mengambil kenyataan daripada pihak Aerodyne Group yang bertanggungjawab membangunkan kereta terbang kontroversi, ‘Vector’.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat dipetik Bernama berkata, syarikat itu tidak menghasilkan kereta terbang, tetapi faktanya, Vector direka sebagai sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.

BACA >>> Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur

BUKAN KERETA TERBANG, SEBETULNYA DRON

Menurut Imtyaz, Vector ialah kenderaan berkonsep dron yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.

“Vektor dikuasakan empat motor dan satu bateri litium-ion yang membolehkan ia terbang. Kenderaan ini juga mampu membawa beban kira-kira 150 hingga 200kg, dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60kmj antara 30 hingga 90 minit masa penerbangan,” katanya.

Apabila ditanya bilakah kenderaan itu dapat terbang ke udara, Imtyaz menyatakan prototaip Vector dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini. Menurutnya lagi, Aerodyne Group sudah empat tahun beroperasi dan mempunyai pengalaman dalam teknologi dron. Buat masa ini harga Vector belum ditentukan sekiranya kenderaan itu bersedia memasuki pasaran tidak lama lagi.

Mengenai sokongan Kerajaan, Imtyaz berkata, dia bersyukur atas sokongan KPU dan sangat terbuka dalam membantu syarikat membangunkan ekosistem yang menjadikan idea tersebut berjaya.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga gembira dengan idea ini apabila beliau melawat reruai kami,” katanya.

BACA >>> Syarikat AS Buka Tempahan Speeder, Motor Terbang Ala Pesawat Star Wars

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) edisi ke-15 disertai 406 syarikat berkaitan pertahanan, dan 200 daripadanya ialah syarikat antarabangsa dari 32 negara, yang dianjurkan bersama EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan tema ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’.

KOMEN KAMI

Selepas membaca kenyataan kedua-dua pihak (datuk menteri dan Aerodyne), kesimpulan kami ialah datuk menteri kita mengalami keterujaan apabila diceritakan mengenai kenderaan terbang. Istilah ‘kereta terbang’ mungkin digunakan pihak syarikat untuk memudahkan pemahaman tentang apa itu dron, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak biasa dengan teknologi seumpama itu.

Dan mungkin kerana menganggap teknologi itu sangat hebat dan luar biasa, maka datuk menteri pun membuat kenyataan media dengan memaklumkan Malaysia sudah ada kereta terbang yang siap untuk diterbangkan!

Sedangkan kereta terbang itu sebenarnya lebih berkonsepkan dron. Malah fakta yang mungkin datuk menteri tidak tahu, Malaysia sebenarnya memang maju juga dalam teknologi automotif. Misalnya, pasukan Shell Eco-Challenge dari UiTM ada membangunkan prototaip kereta sel bahan api hidrogen dan menang 7 tahun berturut-turut.

Malah kami ada menulis artikel tentang prototaip kereta pandu sendiri ala Tesla yang dibikin anak muda Malaysia!

BACA >>> Anak Muda Bikin ‘Tesla Malaysia’, Hasilkan Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

Kesimpulan akhirnya, datuk menteri cuma teruja. Insiden ini bolehlah disamakan dengan seorang lagi menteri yang teruja dengan kelapa sawit.

SUMBER: Bernama | AerodyneGroup

Aerodyne Group Auto Terkini Dron Imtyaz Mohd Azzat Kereta Terbang LIMA 2019 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) Prototaip Kereta Terbang Tun Dr. Mahathir Mohamad
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026

1 Comment

  1. Adib Nor on 30/05/2019 13:27

    Konsep ni tak payah mana pun… Menteri jer slow… Buat malu jer kena bahan ketawa..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.