• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?

Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?

February 16, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

2019 Nissan Grand Livina
SUSULAN kelibat beberapa imej Nissan Grand Livina (2019) di Indonesia baru-baru ini, pakar manipulasi foto The Ajerul menampilkan rekaan penuh bagi memberi gambaran lebih terperinci mengenai kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Nissan Grand Livina sedia ada yang bakal digantikan untuk versi 2019 ialah hasil pakatan Nissan-Mitsubishi. Jika diperhatikan secara teliti, Nissan Grand Livina (2019) menggunakan platform Mitsubishi Xpander. Perbezaan paling jelas ialah lampu siang (DRL) LED dengan rekaan satu garis lurus. Jika Mitsubishi Xpander menggunakan falsafah rekaan Dynamic Shield, Nissan pula menampilkan gril signatur V-Motion.

Padanan rim dua tona menyerlah lagi imej elegan MPV itu bersama tambahan kemasa perak pada kit badan depan dan sisi . Rekabentuk belakang dan sisi nampak sama seperti Xpander.

BACA >>> Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

Bagaimanapun, tiada spesifikasi lanjut mahupun aspek mekanikal didedahkan sehingga kini. Persoalannya, adakah Nissan Grand Livina (2019) bakal memasuki pasaran Malaysia bagi menggantikan versi sedia ada? Berapakah harga yang sepatutnya dijual sekiranya model ini masuk ke Malaysia? Apa yang pasti, kami yakin ia akan meriahkan lagi industri automotif di Malaysia nanti.

Kepada anda yang masih tertunggu-tunggu kemasukan Mitsubishi Xpander ke pasaran Malaysia, harap bersabar. Kami juga sudah menerima maklumat di mana Xpander sah masuk Malaysia tahun ini. Lebih penting, itu ialah model pemasangan tempatan (CKD) dan sudah semestinya harga jualan akan berada pada paras mampu milik. Tunggu !!!

BACA >>> Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Ini

Artikel Berkaitan

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin Nissan Grand Livina (2019), harga Nissan Grand Livina (2019), harga Nissan Grand Livina baru, Mitsubishi Xpander Malaysia, MPV malaysia, Nissan Grand Livina (2019), Nissan Grand Livina (2019) Malaysia, Nissan Grand Livina baru, suv malaysia, the ajerul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
    Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my