Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Acura Integra (2023) Ditawar di AS dengan Opsyen Gear Manual, Harga Mula RM126k
Roda4

Acura Integra (2023) Ditawar di AS dengan Opsyen Gear Manual, Harga Mula RM126k

Abang HirataBy Abang Hirata27/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGENALAN semula Integra pada November 2021 mengundang kontroversi dalam kalangan peminat model ikonik itu. Ada peminat mengharapkan Integra baharu membawa pengaruh model terdahulu dengan imej garang dan sporty.

Berdasarkan sejarah, Integra tidak semestinya begitu, model generasi pertama dikeluarkan dalam bentuk liftback dan di sesetengah negara hanya model 5-pintu dijual.

BACA >>> Acura Tayang Prototaip Integra (2022), Guna Enjin Honda Civic?
BACA >>> 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!

Pengharapan tersebut boleh dijangka kerana dua generasi Integra tampil garang dengan spoiler tinggi, sekali gus membentuk imej yang kuat di mata peminat.

Apa pun jangkaan, Integra generasi kelima kembali membawa gaya liftback dan sudah mula ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) pada harga bermula AS$30,000 (RM126,240). Berikut ciri menarik Acura Integra (2023) pasaran AS:

Trenkuasa

  • Enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 200hp @ 6,000rpm dan tork 260Nm @ 1,800rpm – 5,000rpm).
  • Transmisi automatik CVT dengan fungsi Step Shift seperti menukar gear ketika memecut dan pedal syif.
  • Transmisi manual 6-kelajuan khas untuk Integra A-Spec.
  • Gear manual jenis tukaran pendek (short throw) dan nisbah rapat (close ratio) dan fungsi pemadanan rev automatik.
  • Diferensial gelinciran terhad (LSD) untuk transmisi manual.
  • Paip ekzos bentuk bergulung untuk bunyi mengasyikkan.
Casis dan Pemanduan

  • Struktur badan ultra-tegar dengan casis talaan sport.
  • Teknologi Sistem Dinamik Bersepadu (Integrated Dynamics System, IDS) dengan tiga mod pemanduan: Comfort, Normal dan Sport.
  • Mod pemanduan berbeza dari segi respons pedal, pemetaan transmisi automatik, stereng dan warna meter.
  • Varian Integra A-Spec dengan Technology Package mempunyai fungsi pelarasan bunyi dalaman, dan mod Individual untuk mengubah kombinasi tetapan IDS mengikut pilihan sendiri.
  • Opsyen Sistem Damper Adaptif (Adaptive Damper System, ADS) menawarkan karakter redaman berbeza untuk tiga mod pemanduan.
Rekabentuk Luaran

  • Perkadaran sporty dan kompak dipengaruhi generasi Integra terdahulu, terutama model asal 5-pintu yang kali pertama membawa jenama Acura pada 1986.
  • Membawakan gaya rekabentuk Acura baharu, seperti model RDX (2019).
  • Gril Diamond Pentagon dengan lampu utama LED JewelEye dan lampu siang (DRL) LED bentuk chicane.
  • Bahagian belakang agresif dengan dua ekzos di kanan dan kiri bagi yang memberikan visual badan lebar dan profil sporty.
  • Logo Integra yang dibenamkan di depan dan belakang seperti Acura generasi ketiga.
  • Rim standard 17 inci dengan pilihan rim 18 dan 19 inci.
  • Aksesori khas untuk Integra A-Spec, seperti kemasan hitam, spoiler dan logo.
Kelengkapan Dalaman

  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas dan balutan kulit sintetik serta lapan tetapan elektrik.
  • Kerusi belakang dengan pisahan 60:40.
  • Aksesori Integra A-Spec dengan pedal keluli tahan karat, jarum meter merah, sulaman kontras stereng, tombol gear.
  • Kluster instrumen digital Acura Precision Cockpit 10.2 inci.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
Teknologi Keselamatan
  • Teknologi bantuan pemanduan AcuraWatch dengan sistem kamera tunggal baharu untuk visual lebih lebar dan jauh.
  • Sistem kamera membolehkan fungsi Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System, CMBS) mampu membezakan objek kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal.
  • Pengecam Tanda Trafik (Traffic Sign Recognition, TSR), Bantuan Trafik Sesak (Traffic Jam Assist, TJA) (untuk CVT sahaja), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Maklumat Titik Buta (BSI) dan Monitor Trafik Lintas Belakang (RCTM).
  • Sensor parkir depan dan belakang dengan Kawalan Brek Halaju Rendah (Low-Speed Braking Control, LSBC) untuk Integra A-Spec dengan Technology Package.

Pengeluaran Integra (2023) di AS ialah pertama untuk model ikonik ini yang dipasang di barisan pengeluaran sama seperti Acura TLX di Marysville, Ohio. Enjin pula dikeluarkan di Kilang Enjin Anna, Ohio yang turut menghasilkan enjin Turbo V6 Type S untuk model TLX Type S, MDX Type S dan supercar NSX Type S.

Kepada yang berminat, mustahil Integra (2023) ini dibawa masuk ke pasaran tempatan atau diimport dari Jepun kerana Acura ialah jenama premium untuk pasaran AS dan Kanada.

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura
BACA >>> Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!

Acura Acura Inteegra (2023) Acura Integra Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kia Niro 2026 Facelift
Roda4

Kia Niro 2026 Facelift Lebih Bersahaja, Bakal Kembali ke Malaysia?

26/01/2026
Jualan Geely Auto
Auto Terkini

Geely Holding Catat Rekod Jualan 4.11 Juta Unit Sepanjang 2025

26/01/2026
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Kenderaan Elektrik (EV)

Frauscher x Porsche 790 Spectre – Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

26/01/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.