Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aapico Jalin Kerjasama dengan Proton, Labur RM140j untuk Keluarkan Komponen, Alat Ganti
Auto Terkini

Aapico Jalin Kerjasama dengan Proton, Labur RM140j untuk Keluarkan Komponen, Alat Ganti

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT alat ganti kenderaan terbesar Thailand, AAPICO Hitch Public Company Limited (Aapico) menjalinkan kerjasama bersama pengeluar kereta nasional, Proton menerusi subsidiarinya, Advance Vehicle Engineering Global Sdn Bhd (AVE Global) untuk mengeluarkan komponen dan alat ganti seperti dies, jig, hot stamping, badan kenderaan dan casis.

Kerjasama berkenaan menyaksikan Aapico memiliki pegangan saham 60 peratus AVE Global daripada Proton, dan 40 peratus dimiliki Proton dalam syarikat yang akan dinamakan semulasebagai Aapico Avee Sdn Bhd.

Perkongsian berkenaan juga menyaksikan Aapico melakukan pelaburan awal bernilai RM40 juta ke atas fasiliti AVEE Global seluas 20 ekar di Tanjung Malim.

la disusuli perancangan meluaskan lagi usahasama berkenaan bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan Proton dan keseluruhan sektor automotif yang semakin meningkat, membabitkan pelaburan RM100 juta dalam perancangan 2024 dari segi peluasan kilang dan pemerolehan jentera baharu.

Kemudahan pembuatan sedia ada akan meningkatkan jumlah pengeluarann dengan produk baharu yang kini dalam perancangan. Dengan pengalaman dan kepakaran luas, Aapico akan menguruskan operasi dan memperkenal penggunaan teknologi baharu untuk mengeluarkan alat ganti lebih berkualiti, menambah baik pengeluaran dan meniimatkan kos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aapico Hitch Public Company Limited, Yeap Swee Chuan berkata, Aapico mengambil peluang menyertai sektor pembuatan alat ganti di Malaysia pada masa tepat, dengan perkembangan baik dijangka dalam industri automotif, diterajui permintaan kukuh untuk kenderaan Proton dan disokong pertumbuhan ekonomi mantap.

Kami berhasrat membawakan kepakaran dan teknologi pembuatan dalam usahasama ini dan menyediakan alat ganti bertaraf dunia kepada Proton dan menyokong pelan perkembangan mereka di pasaran tempatan dan eksport.”

Sementara itu, CEO Proton, Dr Li Chunrong berkata, usahasama dengan Aapico akan memberi manfaat kepada Proton dengan membantu syarikat dari segi pengoptimuman kos, kecekapan dan kualiti lebih baik dalam pengeluaran kereta nasional.

Memandangkan jumlah pengeluaran kami meningkat seiring pelan perancangan model, kami akan terus berusaha memastikan produk kami standing dengan pesaing dari segi ciri dan kualiti, serta pada masa sama, terus menawarkan jaminan keselamatan cemerlang daripada penggunaan teknologi seperti hot press forming.”

Perkongsian strategik Aapico-Proton adalah usahasama kedua Aapico dalam sektor alat ganti kenderaan di Malaysia.

Pada awal tahun in, syarikat dari Thailand itu menandatangani perianjian usaha sama dengan Purem, iaitu salah satu pembekal sister ekzos terbesar dunia.

Dengan pelaburan awal RM30 juta, Aapico memegang 49 peratus pemilikan, dan 51 peratus daripada Purem Aapico Sdn Bhd yang mensasarkan mengeluarkan sistem ekzos dan mula membekalkan kepada Proton pada suku ketiga tahun ini.

Yeap berharap dua pelaburan awal itu akan menjadi permulaan kepada perkongsian jangka panjang dengan Proton untuk menyokong peranan pengeluar nasional itu sebagai pemangkin membangunkan ekosistem automotif negara.

BACA >>> Proton, Affin Bank Lancar Kad Kredit Khas untuk Pemilik Proton
BACA >>> Proton DX Tawar Pengalaman Digital Automotif Pertama Malaysia, Dibuka di Quill City Mall!

AAPICO Aapico Avee Sdn Bhd alat ganti Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz MITI Proton Thailand
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.