• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Demi Kenang Impian di Bangku Sekolah, Yamaha Alfa (1989) Ini Direstorasi!

#BikinMotor: Demi Kenang Impian di Bangku Sekolah, Yamaha Alfa (1989) Ini Direstorasi!

April 10, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda peminat kapcai retro, anda mungkin kenal model seperti Yamaha Alfa dan Champ. Ini cerita dari Negara Seberang, Ari Supriyanto yang begitu meminati model kapcai lama. Pemilik bengkel kustom, Protechnic di Rempoa, Tangsel itu memutuskan mengubah suai kapcai tua  2-lejang yang sebenarnya lebih mencabar berbanding 4-lejang.

Ini kerana usaha mendapatkan alat ganti Yamaha Alfa (1989) yang mahu dibikinnya itu bukan kerja mudah. Ini kerana tidak ramai orang yang memiliki model kapcai 2-lejang tersebut. Tambahan lagi, harga komponen dan alat ganti yang ada di pasaran juga mahal.

Jadi, projek mengubah suai mengambil masa lama disebabkan faktor harga dan kesukaran mendapatkan alat ganti. Namun, Ari tidak tergesa-gesa mahu menyiapkan model itu dengan secepat mungkin.

BACA >>> #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

BIAR LAMBAT ASAL PUAS HATI

“Kalau mahu cepat boleh saja, tapi saya tak mahu kerana susah cari alat ganti pada harga murah atau sesuai. Saya boleh saja cepatkan, tetapi risau pula nanti kerja siap separuh jalan," katanya.

Yamaha Alfa (1989) generasi pertama itu masih lagi mengekalkan ciri fork depan, swingarm dan blok enjin perak. Jelasnya, ada beberapa alat ganti kecil yang berharga sangat tinggi, seperti lencana krom aII pada fairing depan dan badan motosikal di kiri dan kanan dengan harga boleh mencapai Rp1.5 juta (RM430). Boleh dikatakan hampir semua bahagian kapcai  ini dilengkapi komponen baharu, yang dibeli sejauh Medan.

BACA >>> Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 1]

Cuma bahagian cermin sisi dan penutup rantai masih belum sempat dipasangkan Ari. Ditanya kenapa dia sangat sukakan Yamaha Alfa dan Champ, jawabnya, dua model itu ialah motosikal impiannya sejak di bangku sekolah kerana memiliki rekabentuk badan sporty selain menyimpan banyak nilai sentimental.

GALERI

SUMBER: NaikMotor

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai, Moped, Yamaha, Yamaha Alfa, Yamaha Alfa (1989)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my