• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bas RapidKL Akan Guna Mod Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Bermula 15 April Ini

Bas RapidKL Akan Guna Mod Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Bermula 15 April Ini

April 10, 2019 By Han Othman Leave a Comment

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN bas RapidKL bakal melaksanakan  mod pembayaran secara elektronik sahaja bermula 15 April ini untuk bas di beberapa laluan sekitar ibu kota sebelum beralih sepenuhnya.

Mod pembayaran baharu itu memerlukan pengguna membayar tambang menggunakan kad Touch N' Go, kad konsesi bulanan, atau My50/My100 yang baru saja diperkenalkan awal tahun ini. Tiada lagi pembayaran tunai diterima jika menaiki bas RapidKL selepas ini.

BACA >>> #Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

Keep Calm and We Are Going Cashless in stages.
Full electronic payment for Rapid KL buses in stages starting 15 April 2019.
For info : https://t.co/qn06SMaPCs pic.twitter.com/2KDXGtCEJk

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) 6 April 2019

Antara laluan bas RapidKL yang akan melaksanakan mod pembayaran baharu itu ialah di koridor Ampang, Cheras, Sungai Besi, dan Jalan Klang Lama, Damansara, Jalan Ipoh, Jalan Pahang, dan Lebuhraya Persekutuan. Pelaksanaan ini akan dibuat secara berperingkat terlebih dahulu dalam tempoh masa tertentu mengikut lokasi dan tarikh mula.

  • Ampang – 15 April 2019
  • Cheras, Sungai Besi dan Jalan Klang Lama – 29 April 2019
  • Damansara, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang – 13 Mei 2019
  • Lebuhraya Persekutuan – 27 Mei 2019

Jadi, kepada pengguna bas RapidKL di laluan terlibat, sila bersiap sedia dengan kad Touch N’ Go atau pas bulanan. Inisiatif ini patut dipuji bagi melancarkan kecekapan perkhidmatan. Mungkin tidak lama lagi akan ada pula mod pembayaran cara NFC (Near Field Communication) dengan sistem dompet elektronik aka e-Wallet.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

Related

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas, Bas RapidKL, Mod Bayar RapidKL, My100, My50, Nirtunai, pengangkutan awam, RapidKL, TnG, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev