BMW 3 Series kini bersedia membuka halaman baharu menerusi pengenalan generasi ketujuh sedan sport premium itu yang terkenal dengan ciri pemanduan sempurna yang diwarisi sejak lebih 45 tahun.
Pengenalan 3 Series baharu ini menerapkan karakter unik tersendiri menerusi rekabentuk menarik, dan pemanduan dinamik berserta gabungan teknologi dan inovasi termaju.
ENJIN 2.0L TURBO PALING BERKUASA
BMW 3 Series serba baharu didatangkan dengan enjin 2.0L Turbo TwinPower yang mampu menghasilkan kuasa 255hp dan tork 400Nm @ 1,550-4,400rpm bersama padanan transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport yang memberikan keyakinan memecut 0-100kmj sepantas 5.8 saat.
BACA >>> BMW 3 Series (2019) Muncul di Paris dengan Imej Lebih Segar
PILIHAN SATU MODEL, HARGA
BMW 3 Series ditawarkan dalam lima warna: Portimao Blue (biru), Black Sapphire (hitam), Alpine White (putih), Mineral Grey (kelabu), dan Sunset Orange (jingga) bersama kemasan upholsteri hitam premium, Cognac Leather Vernasca dan trim kabin ‘Aluminium Tetragon’.
BMW 330i M Sport kini boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran BMW seluruh Malaysia pada harga jualan RM328,800.
BACA >>> BMW X7 (2019) yang Serba-Serbi Besar dan Mewah
SEDAN SPORT YANG EKSPRESIF
Dimensi BMW 3 Series kini lebih luas dengan saiz panjang 4,709mm (bertambah 76mm), lebar 1,827mm (+16mm) dan tinggi 1,435mm (+16mm), sekali gus meningkatkan keselesaan buat penumpang belakang. Jarak roda juga bertambah 41mm menjadi 2,851mm, dan fizikal lebih ringan 25kg berbanding generasi terdahulu.
Penampilan diserlahkan dengan gril ginjal @ kidney klasik bersaiz besar dan lebar yang diapit lampu depan kembar LED dengan teknologi Bi-LED. Lampu belakang tiga dimensi (3D) tirus bentuk L memberikan imej elegan dan mewah.
BACA >>> Jaguar XE 300 Sport (2019) Perkenal Enjin Turbo Baharu Versi Dipertingkat - 295hp
Karakter unik dapat dilihat menerusi kehadiran spoiler aerodinamik dan dwi ekzos 90mm. Padanan pakej khas M Sport untuk pasaran Malaysia menguatkan gaya sporty dengan bunga tayar luas meningkatkan kelincahan dan ketajaman pengendalian.
Kaliper biru M pada brek M Sport menyempurnakan imej signatur BMW M Sport, yang juga dapat dilihat pada rim aloi ringan M dwi tona 18-inci, Double Spoke 790M Orbit Grey.
KABIN INTUITIF DAN FUNGSI KONEKTIVITI SEMPURNA
Ruang kabin BMW 3 Series dilengkapkan stereng kulit M Sport dengan ciri multifungsi dan pedal syif. Gaya kabin menumpukan kepada pengalaman pemanduan sport. Ciri moden baharu diketengahkan ialah pakej langganan aplikasi BMW Connected Package Professional dengan teknnologi BMW Intelligent Personal Assistant dan BMW Digital Key.
BMW Intelligent Personal Assistant ialah ciri pintar untuk kawalan navigasi, penyaman udara dan muzik dalam kereta (in-car) yang boleh diakses menggunakan arahan suara. Ia juga boleh menjelaskan pelbagai fungsi kereta dengan memberikan kemas kini status seperti paras minyak selain mengesan amaran bahaya.
BACA >>> #KLIMS2018: Debut Lexus UX dan ES Generasi Ke-7, Lancar 2019!
BMW Digital Key digunakan untuk membuka dan mengunci kereta dengan meletakkan telefon pintar Android Samsung pada hendal pintu, yang mana kereta akan diakses menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC). Kereta juga boleh dihidupkan dengan meletakkan telefon pintar pada ruang khas yang turut berfungsi sebagai pengecas.
BMW Live Cockpit Professional pula menampilkan paparan kustom dan paparan berpandukan situasi pada kluster instrumen digital 12.3 inci dengan Paparan Kawalan 10.25 inci. Operasi intuitif boleh dipilih dengan sentuhan jari pada Paparan Kawalan, iDrive Controller, butang stereng dan juga arahan suara. Semua fungsi menerima sokongan operasi baharu dinamakan Sistem Operasi BMW 7.0.
BANTUAN PARKIR
BMW 3 Series baharu juga didatangkan dengan Bantuan Parkir secara menegak atau sisi. Sistem intuitif ini akan memberi amaran awal 50 meter sebelum ruang parkir dan kemudian sistem mengendalikan stereng apabila lokasi ditemui.
BACA >>> Mercedes-Benz S-Class Baru - Definisi Sedan Mewah Sebenar, Harga Bermula RM700k
PENGALAMAN PEMILIKAN
- Waranti perbatuan tanpa had 5 tahun daripada BMW dan program servis berjadual percuma.
- Program waranti tayar 2 tahun/24 bulan daripada BMW untuk tawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
- Bantuan tepi jalan dan panggilan hotline kemalangan daripada BMW.
- Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ - BMW White Card
- Servis atas talian daripada BMW
GALERI
Leave a Reply