Bercakap mengenai jalan raya mesra alam, sebuah firma korporat di Filipina, San Miguel Corporation (SMC) bersedia membangunkan jalan raya menggunakan plastik kitar semula sebagai salah satu bahan utama menghasilkan aspal. Menurut GMA News Online, projek ini ialah sebahagian usaha SMC dalam menangani pencemaran sisa pepejal yang berlaku di Filipina buat masa ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) SMC, Ramin S Ang berkata, pembangunan jalan raya menggunakan plastik akan menjadi cara yang mesra alam untuk melupuskan plastik skrap.
BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...
"Kita dapat membantu alam sekitar dan pada masa sama menambah baik kualiti projek infrastruktur," katanya
Penggunaan plastik memiliki manfaat tersendiri. Selain mengurangkan jumlah plastik terbuang, plastik dapat memberikan rintangan gelinciran yang lebih baik untuk jalan raya, dan juga material yang lebih murah untuk menghasilkan aspal.
SMC akan bekerjasama dengan syarikat sains Dow Chemical untuk menghasilkan aspal plastik. Ujian awal akan digunakan untuk lot parkir, jalan raya dalam bandar dan laluan pejalan kaki atau kaki lima. Apabila segalan keperluan kualiti dan keselamatan dipenuhi, barulah ia akan dibuat secara besar-besaran.
"Walaupun berbangga menjadi perintis di kawasan ini, kami sangat berharap kami bukan yang terakhir atau satu-satunya melakukan semua ini. Penyelidikan sudah dibuat dan siap sedia untuk semua orang, dan kami gembira untuk berkongsi proses dan pengalaman kami. Akhirnya inovasi ini akan memanfaatkan alam sekitar yang kita kongsi bersama," kata Ramin lagi.
BACA >>> Lalu Lintas Sesak Punca Sakit Mental? Risiko Semakin Tinggi Jika Tinggal Dekat Jalan Raya Sibuk
Filipina bukan negara pertama menggunakan plastik untuk membangunkan jalan raya. Teknologi sama juga pernah digunakan di Thailand, India dan Indonesia.
SUMBER: Carmudi
Leave a Reply