SELEPAS Iriz, kini giliran Proton Persona (2019) facelift pula didedahkan. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, sedan subkompak itu bakal tampil dengan rekabentuk lebih sporty, segar dah menarik.
Sama seperti Iriz, Persona (2019) facelift jelas kelihatan beberapa perubahan ketara, terutama dari segi rekabentuk luaran. Antaranya, bentuk kemasan gril depan diilhamkan daripada 'Ethereal Bow' (Busur Awang-Awang) yang diperkenalkan kali pertama pada model X70, manakala gril radiator menggunakan paten 'Infinity Weave' (Sulaman Infiniti) yang bakal menjadi signatur baharu Proton.
Persona (2019) facelift turut didatangkan dengan rekabentuk lampu kabus LED baharu yang membuat penampilan sedan ini lebih elegan, dan begitu juga bentuk bampar depan baharu.
Bampar belakang tampil ringkas dan sporty , tiada lagi lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan 'P R O T O N', seperti tertera pada X70 dan Iriz facelift. Model dipertingkat ini juga dipasangkan rekaan rim aloi 15-inci baharu, manakala antena ditukar daripada bentuk konvensional kepada jenis sirip yu.
BACA >>> Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?
Lebih menarik, unit infotaiment Persona (2019) facelift diberikan nafas baharu menerusi paparan skrin berwarna yang dibangunkan Proton dan ECARX dengan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Ini sedan segmen-B pertama Proton yang memiliki ciri sedemikian.
Ada juga pedal gear baharu yang sama seperti X70, manakala kerusi turut diperbaharui dengan fabrik bertekstur. Maklumat lengkap mengenai unit infotainment baharu Persona (2019) facelift akan didedahkan Proton menjelang tarikh pelancaran kelak.
Macam mana, lawa tak Persona (2019) facelift ni?
BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe
Eisya says
Bila launching persona 2019?
ABG GYL says
Dalam masa terdekat kata Proton
HasanHisamudin Bin Ahmad says
Bila tarikh pelancaran sebenar sebab saya sudah lama tunggu utk beli sebuah.
nor says
berapa haribulan nak launch ...