• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Genesis G70 Menang Anugerah Kereta Terbaik Amerika Utara 2019!

Genesis G70 Menang Anugerah Kereta Terbaik Amerika Utara 2019!

January 15, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, jenama Genesis sangat 'rare'. Walaupun payah hendak jumpa, ada satu kisah menarik tentang jenama ini. Ada seorang hartawan tempatan memiliki Hyundai Genesis dan beliau menggunakan model ini sebagai kenderaan rasmi.

Selepas bertahun memiliki model ini, sudah sampai masa dia menggantikannya dengan kereta baharu. Apakah kereta baharu beliau itu? Ya, beliau menukar beli Hyundai Genesis tersebut dengan sebuah lagi Genesis baharu. Alasannya, beliau sangat puas hati sepanjang memiliki kereta itu, dan tiada masalah besar dihadapi.

BACA >>> Genesis G70 - Mahu Saingi BMW 3 Series!

Jika difikirkan, ia keputusan menarik kerana menafikan stereotaip orang kaya hanya berminat dengan kenderaan mewah buatan Eropah. Adakah Genesis benar-benar bagus?

RAIH KERETA TERBAIK DI AMERIKA


Jika berdasarkan senarai anugerah memang benar, pada penghujung 2018, G70 mencatat markah tertinggi dan dianugerahkan KNCAP sebagai kereta paling selamat di Korea Selatan. Jika anugerah tersebut belum cukup meyakinkan, pengiktirafan baharu ini kemungkinan besar menjawab sebarang keraguan anda.

Pada 14 Januari di Detroit, Genesis G70 memenangi anugerah Kereta Amerika Utara Terbaik (NACOTY) 2019 yang diadilidiadili 54 juri Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Merangkul anugerah di negara maju memberikan kredibiliti besar, apatah lagi perlu bersaing dengan banyak produk bagus di dunia.

BACA >>> Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP

PENGELUAR KERETA TERMUDA

genesis-g70-canada-1
genesis-g70-canada-2
genesis-g70-canada-3

Genesis ialah pengeluar kereta termuda memenangi anugerah itu. Di pasaran, G70 bersaing dengan jenama premium lain seperi BMW 3 Series, Mercedes-Benz C Class, Audi A4, Lexus GS dan Infiniti Q50.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global Genesis, Manfred Fitzgerald berkata, produk dan jenama Genesis mesti sepadan dengan sempurna mengikut gaya hidup, pemikiran dan kehendak pelanggan.

"Anugerah ini ialah pengesahan untuk G70 yang menggabungkan kemewahan dan karakter sport elegan, terima kasih kepada juri yang meluangkan masa melihat dan mendalami rekabentuk dan kejuruteraan ditampilkan pasukan kami," katanya.


Anugerah NACOTY diadili setiap tahun berdasarkan tanda aras dicapai seperti inovasi, rekabentuk, keselamatan, pengendalian, kepuasan pemandu dan nilai untuk wang.

G70 ialah model Genesis pertama memasuki segmen mewah yang cukup kompetitif di pasaran Amerika Utara. Di pasaran, model itu berjaya melangkaui sempadan barisan sedan mewah sport melalui padanan prestasi, kekuatan badan, kemewahan diperhalusi dan rekabentuk aerodinamik.

G70 menawarkan tiga pilihan enjin: petrol 3.3L V6 pengecasturbo, petrol 2.0L pengecasturbo dan diesel 2.2L. Harga asas model pula tidaklah mahal, iaitu AS$34,900 (RM 143,199). Di AS, harga tersebut cuma sekitar Honda Civic Type R atau Honda Accord.

BACA >>> Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Amerika Utara, Anugerah Kereta Amerika Utara Tahun, Genesis, Genesis G70, Manfred Fitzgerald, NACOTY, NACOTY 2019, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev