• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Camry (2019) Kini di Indonesia, Harga Bermula RM178k, Varian Hybrid Paling Premium

Toyota Camry (2019) Kini di Indonesia, Harga Bermula RM178k, Varian Hybrid Paling Premium

January 8, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NEGARA jiran, Indonesia baru saja melancarkan model sedan segmen-D, Toyota Camry (2019) serba baharu. Jika Malaysia hanya menawarkan satu varian, Indonesia didatangkan dengan dua pilihan varian: Camry G, berharga Rp613.3 juta (RM178,342) dan Camry V, Rp646.6 juta (RM188,025).

Tidak ketinggalan, Toyota Astra Motor (TAM) turut membawa masuk varian paling premium, Hybrid dengan tanda harga Rp806.6 juta (RM234,551). Didatangkan dalam tujuh pilihan warna, Camry baharu ini dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dengan keupayaan pengendalian lincah dan stabil.

BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900


Dimensi Camry (2019) lebih panjang 35mm, lebih lebar (15mm), dan lebih rendah (25mm) berbanding model terdahulu dengan jarak roda meningkat 50mm. Varian Hybrid dibezakan dengan lencana krom pada gril, malah rim juga lebih sporty tanpa dual warna.

Bahagian kabin tersedia sistem infotainment 9-inci dengan sambungan Bluetooth dan enam pembesar suara. Skrin paparan multi-info (MID) memaparkan butiran penting seperti  Sistem Pemantauan Tekanan  Tayar (TPMS), maklumat pemanduan dan indikator pemanduan eko. Pelengkap kepada sedan saiz pertengahan ini ialah bumbung bulan (moonroof) untuk varian V dan Hybrid.

BACA>>>Honda Accord 2017 Kini Hadir Dengan Honda Sensing - Ini Memang Berbaloi!

Selain itu, varian Hybrid mendapat ciri tambahan seperti  skrin infotainment 9-inci, sistem audio JBL dengan 9 pembesar suara, paparan dongak (HUD), MID 7-inci dan penyaman udaran zon tripel. 

Toyota Camry (2019) Indonesia-4
Toyota Camry (2019) Indonesia-3
Toyota Camry (2019) Indonesia-2
Toyota Camry (2019) Indonesia-1

Menariknya, kawalan penyaman udara dwi zon kini didatangkan standard untuk semua varian Camry (2020) dan tidak dilupakan pengecas wayarles. Demi ketenangan minda sedan ini dibekalkan 7 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Daki Bukit (HSA), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan brek pegun.

Trenkuasa Camry (2019) dijana enjin 4-silinder 2.5L 2AR-FE berkuasa 181hp @ 6,000rpm tork 235Nm @ 4,100rpm, manakala varian Hybrid dijana enjin 2.5L A25A-FXS berkuasa 176hp @ 5,700rpm dan tork 221Nm @ 3,600rpm-5,200rpm dengan gabungan motor elektrik 202Nm.

SUMBER: AutoNetMagz

Related

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Sedan, sedan saiz pertengahan, sedan segmen-D, Segmen D, Toyota, Toyota Astra Motor (TAM), Toyota Camry (2019), Toyota Camry 2018, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev