• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Honda Accord 2017 Kini Hadir Dengan Honda Sensing - Ini Memang Berbaloi!

November 7, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

honda accord 2017SELEPAS CR-V, Honda Accord 2017 adalah model kedua yang dilengkapi pakej bantuan pemanduan Honda Sensing, sekali gus memberikan nilai tambah buat pembeli.

Secara keseluruhan, tiada perubahan dari segi rekabentuk luaran mahupun dalaman. Kesemuanya masih kekal sama. Cuma ia ditambah dengan Honda Sensing dan secara tidak langsung menjadikan Honda Accord sebagai model sedan pertama yang menawarkan ciri keselamatan berkenaan.

honda accord 2017HARGA

  • Honda Accord 2017 2.0L VT-i - RM149,350 (Kekal)
  • Honda Accord 2017 2.4L VT-i - RM169,800 (Naik RM2,000)

* Harga atas jalan termasuk GST, tanpa insurans.

Secara peribadi, kami berpendapat kenaikan RM2,000 bagi mendapatkan ciri pemanduan Honda Sensing pada model Accord 2017 adalah pelaburan yang berbaloi.

ENJIN KEKAL SAMA

Honda Accord 2017 dengan ciri keselamatan Honda Sensing ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.0L VTi-L dan 2.4L VT-i-L Advance.

  • 2.0L - 153hp @ 6,500rpm / 190Nm @ 4,300rpm
  • 2.4L - 173hp @ 6,200rpm / 225Nm @ 4,000rpm
honda sensing
honda accord 2017
honda sensing
honda accord 2017
honda accord 2017
honda accord 2017

LUARAN & DALAMAN TAK BERUBAH

Begitu juga rekaan luaran dan dalaman. Ia masih kekal sama seperti versi sedia ada. Honda Accord 2017 dengan Honda Sensing dipadankan dengan paras rupa lebih elegan dan sport.

Dalaman pula hadir dengan paparan audio skrin sesentuh bersaiz 7-inci bersama i-MID. Ia boleh disambungkan dengan Apple CarPlay atau Android Auto.

Bagi anda tidak ketahui, Honda Sensing yang ada pada Honda Accord 2017 terdiri daripada enam ciri bantuan pemanduan iaitu:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control - ACC)
  • Sistem Amaran Perlanggaran Depan (Front Collision Warning - FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System - CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System - LKAS)
  • Sistem Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation - RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning - LDW)

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Honda Sensing, anda boleh baca artikel di bawah;

BACA >>> Apa Itu Honda Sensing Pada Honda CR-V 2017 - Power Sangat Ke?

GALERI

honda accord 2017
honda accord 2017
honda sensing
honda accord 2017
honda accord 2017
honda accord 2017
honda accord 2017
honda accord 2017
honda sensing
honda accord 2017
honda accord 2017

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harga Honda accord 2017, Honda accord 2017, Honda accord 2017 sensing, Honda accord baru, honda cr-v 2017, Honda Malaysia, honda sensing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my