EROPAH mempunyai pelbagai jenama premium seperti Mercedes-Benz, Jaguar, dan Audi, manakala Jepun ada Lexus, Infiniti dan Acura. Korea Selatan pula apa kurangnya, pun mempunyai wakil dalam segmen itu.
Jenama dimaksudkan itu ialah Genesis. Walaupun masih tidak dikenali secara meluas di peringkat global, tetapi sudah mencipta nama melalui pelbagai anugerah diterima. Menariknya, pembeli di Malaysia boleh memiliki Genesis versi Hyundai (sebelum dijenamakan secara berasingan) pada harga sekitar RM 400,000.
BACA >>> Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA
Terbaharu, Genesis G70 diiktiraf sebagai Kereta Paling Selamat 2018 sempena Majlis KNCAP 2018 anjuran Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT). Pemenang dipilih berdasarkan Program Penilaian Kereta Baharu (KNCAP) di bawah pengendalian MOLIT.
G70 menerima skor terbaik iaitu 92.9 poin dalam kategori sedan saiz sederhana dan skor sempurna untuk ujian impak perlanggaran sisi (lihat video atas), perlindungan pejalan kaki dan sistem bantuan pemanduan canggih. Ini kali pertama Genesis dianugerah Kereta Paling Selamat.
Struktur G70 menggunakan teknik lekatan (adhesive) bagi memaksimumkan ketegaran torsi (torsional stiffness) dan kekuatan badan kereta. Badan yang kukuh juga membolehkan suspensi ditala lebih baik untuk kualiti pemanduan dan pengendalian cemerlang.
BACA >>> Genesis G70 - Mahu Saingi BMW 3 Series!
Bonet G70 juga direka canggih yang akan terangkat automatik apabila berlaku kemalangan supaya pejalan kaki mendapat perlindungan terbaik. Model ini bukan setakat jaguh kampung kerana pada awal Disember lalu semuan model Genesis iaitu G80 dan G90 diiktiraf kenderaan Top Safety Pick+ daripada Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya Amerika Syarikat (IIHS).
Leave a Reply