• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gambar Suzuki GSX-R250, Hayabusa 1300 Bocor di Internet?

Gambar Suzuki GSX-R250, Hayabusa 1300 Bocor di Internet?

December 27, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BERITA menarik dari Jepun, geng! Khabarnya dua produk baharu  Suzuki bakal muncul berikutan tersebar gambar model GSX-R250 dan Hayabusa 1300. Bagaimanapun tidak banyak yang boleh diulas mengenai imej lakaran render muka depan disiarkan Young Machine itu.

BACA >>> Suzuki GSX-R150 Special Edition dengan Ekzos Yoshimura R77! (Vietnam Sahaja)

Menerusi imej itu, GSX250R tidak jauh berbeza dengan model  yang dilancarkan di China, terutama bahagian sisi dan belakang. Muncung depan nampak lebih agresif berbanding GSX-R150. Kehadiran lekuk di kiri dan kanan memberikan siluet lampu dual keen eyes.

Dapat juga dilihat bahagian suspensi depan jenis fork terbalik (USD), dengan cermin sisi lebih sporty.  Bahagian casis difahamkan menggunakan jenis tubular dan bukan deltabox yang bukan saja ringan, tetapi lebih murah dari segi kos pengeluaran.

BACA >>> #BikinMotor: Bosan Punya Pasal, Mat Motor Bikin Suzuki GSX-R250 ‘Wanna Be’

Selain mendedahkan model bayangan GSX-R250, Young Machine juga memperlihatkan Hayabusa 1300 terbaharu. Model itu katanya akan menggantikan generasi terdahulu, dengan menampilkan trenkuasa yang khabarnya lebih maju dan patuh Euro 4.

Kehadiran imej render dilakukan media permotoran Jepun itu meyakinkan kemunculan dua model baharu tersebut. Tunggu saja kemas kini berita terbaru tahun depan...

render-suzuki-gsx-r250-hayabusa-1300-6
render-suzuki-gsx-r250-hayabusa-1300-2
render-suzuki-gsx-r250-hayabusa-1300-4
render-suzuki-gsx-r250-hayabusa-1300-5
render-suzuki-gsx-r250-hayabusa-1300
render-suzuki-gsx-r250-hayabusa-1300-3

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: sportbike, sportbike 250cc, superbike, Suzuki, suzuki GSX-R250, Suzuki Hayabusa 1300, young machine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev