• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Bosan Punya Pasal, Mat Motor Bikin Suzuki GSX-R250 ‘Wanna Be’

#BikinMotor: Bosan Punya Pasal, Mat Motor Bikin Suzuki GSX-R250 ‘Wanna Be’

March 20, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOSAN menunggu ketibaan Suzuki GSX-R250 yang tidak kunjung tiba, jejaka bernama Mamet Rahardi memutuskan mengubah GSX-R150 miliknya menjadi 'GSX-R250 Wanna Be'. Modifikasi itu dibuat semata-mata mahukan motornya sekelas dengan Ninja 250 dan CBR250RR.

“Saya mewakili harapan dan selera sebahagian besar pencinta sportbike, terutama Suzuki di Indonesia. Kalau nanti ada model 250cc, harap tidak jauh daripada hasil ubah suai ini. Seperti pendapat dan rujukan buat Suzuki,” kata Mamet.

BACA >>> Motosikal Terbaik Indonesia 2017 - Suzuki GSX R150 Pecah Dominasi Honda, Yamaha

Bagi mendapatkan penampilan sebuah jentera 250cc, GSX-R150 miliknya itu perlu dibikin supaya jadi lebih berisi. Mamet memilih set penuh komponen suspensi Honda CBR250RR, terdiri daripada fork terbalik (USD), swingarm, rim, brek cakera, kaliper, braket dan lain-lain. Produk Honda dipilih untuk bahagian suspesi kerana memiliki ukuran paling sesuai untuk GSX-R150.

PENGENDALIAN BERUBAH

Ukuran rim juga tidak banyak berbeza dan masih sepadan dimensi GSX-R150 yang ramping. Bahagian swingarm dikurangkan sekitar 3sm untuk disesuaikan dengan casis GSX yang lebih kecil. Posisi Pro-Link nampaknya sesuai dengan casis model Suzuki itu.

BACA >>> #TunggangUji: Suzuki GSX250R (2018), Jentera Urban Serba Boleh

Cuma fizikal swingarm di belakang dibesarkan 10sm, sekali gus mempengaruhi pengendalian. Menurut Mamet, GSX-R150 miliknya itu kini sedikit kurang lincah ketika mengambil selekoh. Penampilan luaran pula diserlahkan dengan seragam atau livery Suzuki GSV-R yang pernah menjadi jentera tunggangan pelumba MotoGP, Kenny Roberts Jr.

“Motor aslinya hitam metalik, sengaja saya tukar putih untuk memilih livery hasil airbrush bengkel di Depok (selatan Jakarta),” katanya.

Bagaimanapun, pemiliknya nyata belum berpuas hati dan dia kini masih menunggu absorber belakang RMP Taiwan yang menggunakan tabung supaya tangki baru sama dengan badan belakang untuk tampil besar dan mirip jentera 250cc.

GSX-150-Wanna-Be-03
GSX-150-Wanna-Be-04
GSX-150-Wanna-Be-05
GSX-150-Wanna-Be-06

SPESIFIKASI GSX-R150 'WANNA BE'

Suzuki GSX R-150 tanpa modifikasi.

SUSPENSI: CBR250RR USD, rim, swingarm, kaliper, brek cakera, mudgad (depan & belakang)
TAYAR: Corsa 120/60 depan, 150/60 belakang
BADAN: Airbrush livery GSV-R MotoGP
EKZOS: Over Racing Titanium
PENGADANG ANGIN: MRA
PEG KAKI: Bonamici Racing
GAD KLAC: Bonamici Racing
CAKERA/KLAC: Galespeed
GRIP HENDAL: Ariete Aluminium
LAMPU UTAMA: Suzuki GSX-125

SUMBER: NaikMotor.com

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: bikin motor, Modifikasi, motor sport, PT Suzuki Indomobil Sales (PT SIS), roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki GSX-R150, suzuki GSX-R250

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my