• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TunggangUji: Suzuki GSX250R (2018), Jentera Urban Serba Boleh

#TunggangUji: Suzuki GSX250R (2018), Jentera Urban Serba Boleh

October 12, 2017 By ZY Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALANGAN pengguna dan peminat jenama motosikal Suzuki, kehadiran model entry-level atau bersesaran rendah memang sentiasa dinantikan. Proses pembuatan rapi, penggunaan material berkualiti dan teknologi tinggi pada harga mampu milik meletakkan Suzuki berada dalam kelas tersendiri dengan kelompok pengikut yang setia.

Malangnya, penutupan fasiliti Suzuki Assembler Malaysia dan keputusan menumpukan kepada pasaran import motosikal berkuasa tinggi nyata menghancurkan impian peminat setia jenama itu untuk kepingin mahu memiliki model entry-level baharu pengeluar tersebut, seperti GSX250R (2018).

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

Dek hasrat menunggang uji sportbike itu tidak mampu tercapai, terpaksalah kami hidangkan artikel tunggang uji yang diimport daripada laman web Motorcycle.com demi memuaskan hati peminat motosikal tempatan yang sentiasa setia menunggu perkembangan terbaru Suzuki.

Selamat membaca!

REVIU SUZUKI GSX250R (2018) - Ryan Adams

Suzuki akhirnya menghasilkan sportbike 250cc untuk pasaran Amerika Syarikat, tetapi apakah sudah terlewat?

Terbaharu untuk model 2018, Suzuki melancarkan sportbike suku-liter, GSX250R. Ada mengatakan Suzuki agak lewat ke gelanggang sambil bertanya; "Kenapa tidak 300cc?". Sejujurnya, ke mana saja saya menunggang GSX250R, pasti ada peminat motosikal yang bertanyakan soalan tersebut.

GSX250R bakal menerima saingan sengit daripada 300cc.

Wakil Suzuki seperti sudah bersedia dengan 'soalan maut' tersebut, dan pantas menyatakan kuasa bukan faktor utama jualan motosikal 250cc, hingga pengeluar itu langsung tidak menyediakan angka kuasa kuda (hp) dan tork (Nm). Sebaliknya meyakinkan pembeli tentang harga, rekabentuk, praktikaliti dan mesra pengguna sebagai faktor utama yang sepatutnya dinilai mereka ketika memilih motorsikal ini.

Pendapat saya, Suzuki melakukan apa yang terbaik bagi mencapai penanda aras mereka. Pada harga AS$4,499 (RM18,997), GSX250R baharu memang menawan. Daripada lampu depan dan belakang mengambil ilham model GSX-R hingga aerodinamik fairing, jentera cilik Suzuki ini membawakan gaya motosikal yang besar dan mahal.

Rim 17-inci dengan 10 jejari kelihatan cukup bergaya, manakala paparan meter LCD membuatkan sentuhan akhir GSX250R tampak megah berbanding pesaing lain dalam kelas sama.

Panel LCD memaparkan 'Ready,GO' apabila dihidupkan.

GSX250R dikatakan mewarisi DNA generasi Katana. Ertinya, apakah makna jentera itu bagi Suzuki? Ini boleh diimbau kembali pada 1979, yang mana Suzuki menerusi GS1000S Katana hasil sentuhan Hans Muth dapat menunjukkan betapa pengeluar itu mampu menghasilkan motosikal pengeluaran massa yang canggih dan bergaya.

Katana kemudian berevolusi kepada barisan motosikal praktikal dan prestasi tinggi yang mampu menyerlahkan kemampuan dalam pelbagai persekitaran. Inilah apa Suzuki mahukan daripada GSX baharu supaya dilihat mata khalayak ramai sebagai sebuah jentera yang praktikal dan sporty. Dengan enjin 248cc, silinder kembar, dan penyejukan cecair, hamburan kuasa ditala kepada julat RPM rendah dan sederhana, menjadikan GSX250R cukup berkuasa menempuh perjalanan dalam bandar dan menikmati perjalanan menyeronokkan merentasi liku ngarai seluruh Amerika.

Suzuki GSX250R kelihatan menarik dari setiap sudut.

Dalam bandar, daya kilas motosikal ini cukup terasa pada gear pertama dan kedua, manakala gear seterusnya dijarakkan untuk keselesaan menunggang di kawasan urban tanpa perlu kerap menukar gear. Penukaran gear cukup jitu walaupun berbunyi kuat ketika menurunkan gear pertama.

Tugas berhenti diserahkan kepada kaliper brek dwi-piston dan cakera tunggal berkelopak 290mm pada roda depan, manakala brek belakang dilengkapi kaliper piston tunggal dan cakera 240mm. Tekanan brek cukup mengigit apabila tuil ditarik, tetapi penunggang masih perlu menggunakan kedua-dua brek depan dan belakang untuk mendapatkan  potensi kuasa berhenti sepenuhnya.

ENJIN INAZUMA

Jika anda memang mengikuti perkembangan motosikal Suzuki bersesaran rendah, anda mungkin perasan enjin jentera ini nampak sama seperti digunakan GW250 atau nama lain, Suzuki Inazuma. Jawapannya, ya, anda tidak tersilap.

Enjin dwi-silinder 248cc sejukan cecair yang turut dikongsi GW250.

Menurut Suzuki, ada tiga perubahan dilakukan ke atas enjin GW250, iaitu tambahan roda lengan jumpelang (roller rocker arms) pada aci sesondol (camshaft) untuk mengurangkan geseran, sekali gus meningkatkan potensi rev enjin, tekstur istimewa dinding kebuk pembakaran untuk pelinciran dan mampatan kebuk lebih baik (mampu meningkatkan lagi kuasa), dan batang injap nipis untuk meningkatkan kadar aliran udara dan bahan api ke kebuk pembakaran.

Mengambil kira kuasa dihasilkan GW250, 19.2Hp dan tork 18.6Nm, dengan semua perubahan dinyatakan di atas, enjin GSX250R mampu menghasilkan lebihan kuasa meliputi setiap julat rev.

Prestasi kendalian GSX250R cukup baik, walaupun suspensi depan agak lembut. Kombinasi suspensi lembut di depan dan keras di belakang membuatkan kerangka motosikal ini kurang stabil ketika mengambil selekoh tajam dalam kelajuan tinggi dan atas permukaan jalan tidak rata.

Walaupun tetapan suspensi tidak begitu memuaskan untuk tunggangan agresif, tetapi GSX250R cukup selesa untuk tunggangan harian. Setiap hentaman bonggol dan lubang diserap baik dengan memberikan maklum balas suspensi yang tidak terlalu keras.

Prestasi suspensi GSX250R di selekoh kurang menyerlah ketika tunggangan agresif.

Di kawasan bandar, posisi tunggangan dan pelana berketinggian 0.8 meter menawarkan keselesaan sepanjang hari. termasuk memberikan keyakinan kepada penunggang pelbagai saiz fizikal badan. Tiada rungutan diterima daripada kalangan penunggang berketinggian berbeza sepanjang sesi tunggang uji dilakukan.Jika anda banyak meluangkan masa di lebuh raya, motosikal ini mungkin kurang sesuai buat anda.

GSX250R cukup memuaskan ditunggang dalam bandar.

Pada kelajuan 105kmj dengan berat saya 72kg, rev enjin berada pada julat sekitar 8,000rpm. Apabila diasak untuk mencapai kelajuan lebuh raya 128kmj, seiring kelajuan trafik Los Angeles, enjin GSX250R sudah pun berputar pada rev menghampiri 10,000rpm, cuma tinggal 500 rev sebelum garis merah (redline).

Walaupun tahap perlindungan angin tidak begitu cemerlang, tetapi deflektor depan sedikit sebanyak mengurangkan tamparan angin pada kelajuan tinggi.

Selain sentuhan kemasan seperti motosikal lebih mahal, GSX250R  juga sebuah motosikal lebih besar. Jentera ini didatangkan dengan jarak roda (wheelbase) 1430mm, kira-kira 760mm lebih panjang mengatasi motosikal sekelas. Tambahan pula, sudut condong (rake angle) fork 25.6° menjadikan kawalan hendal ketika mengambil selekoh terasa perlahan.

GSX250R didatangkan dalam pilihan warna Pearl Nebular Black dan Pearl Glacier White

Pada masa sama, ada 13kg perbezaan berat antara GSX250R - dengan berat basah 177kg berbanding jentera saingan dalam kelas 250/300cc. Tidak dinafikan angka tersebut mampu membantu kestabilan tunggangan, yang akan diperhatikan jika berpeluang menunggang uji jentera Suzuki bersama pesaing lain secara lebih dekat. Sebagai perbandingan berat; Honda CBR300R (163kg), Yamaha R3 (166kg) dan Kawasaki Ninja 300 (174kg).

Penyenggaraan injap lebih mudah dengan pelaras skru dan nat.

Penunggang baru atau penunggang yang tidak terlalu cerewet dalam memilih motosikal pasti berpuas hati dengan harga rendah ditawarkan (memandangkan motosikal ini dipasang di China) dan penjagaan motosikal yang dijamin mudah - dengan kehadiran komponen kecil seperti skru dan nat pelaras pada injap, proses pelarasan injap jadi lebih mudah dilakukan.

Bagaimanakah pula jika penunggang kurang berminat melakukan kerja sendiri secara DIY pada motosikalnya? Skrin LCD GSX250R memaparkan indikator selang masa servis untuk mengingatkan anda jika tempoh penyenggaraan sudah tiba.  Dengan ekonomi bahan api yang dijamin pengeluar serendah 3.7liter/100km dan kapasiti tangki bahan api 15 liter, memiliki jentera 250cc Suzuki ini cukup menyenangkan. Secara relatif, cukup rendah bagi mereka yang berminat menunggang motosikal sebagai hobi.

Suzuki menghasilkan sebuah motosikal yang cukup menawan melalui GSX250R. Namun, kepelbagaian pilihan motosikal dalam pasaran enjin bersesaran rendah membuatkan Suzuki agak bergelut untuk bersaing dengan pengeluar lain.

SPESIFIKASI

SUZUKI GSX250R (2018)

Jenis Enjin 248cc empat lejang, penyejukan cecair, SOHC, kembar-selari (parallel-twin)
Gerek x Lejang 53.5 x 55.2 mm
Nisbah Mampatan 11.5:1
Hantaran Bahan Api Suntikan Bahan Api
Pelinciran Takung Basah (Wet Sump)
Transmisi Sirat Malar (Constant-Mesh; 6-kelajuan
Pacuan Final Rantai
Suspensi Depan Teleskopik KYB, spring koil, peredam minyak travel 4.5 inci
Suspensi Belakang Absorber tunggal KYB , spring koil, peredam minyak travel 4.9 inci
Brek Depan Cakera Tunggal, Kaliper 2-piston Nissin
Brek Belakang Cakera Tunggal, Kaliper 1-piston Nissin
Tayar Depan 110/80-17M/C 57H
Tayar Belakang 140/55-17M/C 66H
L x W x H 82.1 x 29.1 x 43.7 inci
Tinggi Pelana 31.1 inci
Jarak Roda 56.3 inci
Rake (Caster Angle) 25.6°
Trel 4.1 inci
Kapasiti Bahan Api 4.0 gelen (15.14 liter)
Ekonomi Bahan Api 76 (claimed)
Berat Basah  177.9kg
Waranti 12 bulan, tanpa had perbatuan dan waranti terhad.
Harga Runcit AS$4,499 (RM18,996)

SUMBER: Motorcycle.com

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GS1000S Katana, GSX-R, gsx250r, motorcycle.com, motosikal, roda2, sportsbike, Suzuki, suzuki katana, Tunggang Uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my