Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki GSX-R150 Special Edition dengan Ekzos Yoshimura R77! (Vietnam Sahaja)
Auto Terkini

Suzuki GSX-R150 Special Edition dengan Ekzos Yoshimura R77! (Vietnam Sahaja)

ZYBy ZY03/05/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU saja Suzuki Indonesia menawarkan GSX-R150 versi facelift dengan pilihan warna baharu dan versi  kunci pengatup (shutter key) yang lebih murah, Suzuki Vietnam pula senyap-senyap membuat kejutan dengan melancarkan GSX-R150 Yoshimura Special Edition.

BACA >> #IIMS2018: Suzuki GSX-R150 (2018) Versi Facelift Lancar di Indonesia, Kini Lebih Segar

Menariknya, versi Special Edition (SE) ini bukan sekadar menampilkan pelekat khas warna rasmi Yoshimura, tetapi turut menawarkan pakej aksesori tambahan yang bakal memantapkan lagi sportbike junior Suzuki itu sebagai jentera 150cc jalanan paling berkuasa.

Dengan tambahan đồng 12.1 juta (RM2,000), pemilik boleh melengkapkan GSX-R150 SE mereka dengan pelana tunggal, lampu signal LED dan ekzos slip-on prestasi tinggi, Yoshimura R77!

Pencarian kami di laman Internet menunjukkan ekzos jenama tersebut (original sahaja) berharga sekitar AS$400-AS$500 (RM1,600-RM1,900), jadi tawaran Suzuki Vietnam itu memang berbaloi!

Kepada mereka yang pernah memiliki model Belang dan Shogun 125 SP ketika awal kemunculan dahulu, pasti ingat, Suzuki Malaysia pernah menawarkan ekzos slip-on Yoshimura Tri-Oval sebagai aksesori tambahan bersama surat pengesahan yang mengesahkan status ekzos itu yang sah ditunggang atas jalan.

Agak mengecewakan, pakej SE itu tidak ditawarkan dengan high cam Yoshimura yang pasti dapat meningkatkan lagi kuasa GSX-R150 SE ini. Tetapi, tawaran Suzuki itu jelas lebih hebat dan ke depan berbanding pengeluar lain yang masih bergantung harap kepada populariti jentera MotoGP masing-masing.

SUMBER : SuzukiVietnam

GSX-R150 Yoshimura Special Edition roda2 sportbike Suzuki suzuki belang Suzuki GSX-R150 Suzuki GSX-R150 SE Suzuki Shogun 125 yoshimura Yoshimura R77 Yoshimura slip on
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Auto Terkini

Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

15/06/2026

2 Comments

  1. Musang on 04/05/2018 08:19

    Kesian negara maju macam Malaysia melepas, negara yg tgh membangun pula yg merasa..

    Reply
  2. #wapalewheels on 19/03/2019 12:34

    Malaysia nak juga

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.