• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati 900 NCR - Replika Jentera Lumba Juara TT 1978 Akan Dilelong

Ducati 900 NCR - Replika Jentera Lumba Juara TT 1978 Akan Dilelong

December 19, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SUPERBIKE vintaj, Ducati 900 NCR bakal dilelong bulan depan menerusi rumah lelongan Mecum Auctions dari Amerika Syarikat (AS). NCR bermula pada 1967  sebagai kedai talaan Ducati, manakala jentera 900cc yang bakal dilelong itu ialah model yang dikeluarkan pada tahun sama.

900 NCR juga ialah jentera lumba digunakan bekas juara Isle of Man TT 1978, Mike Hailwood selepas terbabit kemalangan pada 1974 yang hampir menamatkan karier perlumbaannya. Namun, versi lelongan ini bukan jentera yang ditunggang Hailwood.

BACA >>> Ilmberger Carbon Hasilkan 3 Versi Ducati Panigale V4 dengan Perincian Gentian Karbon Sempurna

Pakar Ducati dari Sweden, Torbjörn Lindgren membina motosikal ini menggunakan alat ganti NCR, dengan mendapat sokongan NCR dan Steve Wynne daripada Britain's Sports Motorcycles, iaitu tokoh di sebalik kemenangan Hailwood dalam TT 1978.

DUCATI PADA NAMA

ducati-ncr-racer-1978-9
ducati-ncr-racer-1978-10
ducati-ncr-racer-1978-3
ducati-ncr-racer-1978-4

Ducati pada pangkal nama NCR 900 hanya sekadar nama sahaja. Ini kerana ramai tuner cenderung menggunakan komponen sendiri daripada ekzos hingga dalaman enjin. Namun, NCR hampir membina enjin baharu berasaskan enjin asal dengan penutup engkol baharu rekaan baharu. Ia lebih ramping berbanding asal, juga langsing dengan lapis tambahan bagi menambah baik kekuatan.

Ia juga memiliki klac kering, tiada penutup alternator, dan menggunakan penapis minyak spin-on untuk penyenggaraan mudah dan pantas. Aci engkol, rod penyambung, dan piston NCR turut menggunakan rekaan sendiri.

Hasilnya ialah enjin yang mampu meledakkan kuasa 80hp. Walaupun agak kurang berkuasa berbanding versi kontemporari, tetapi berat badan ringan membantu jentera ini mengatasi lawan lain pada era tersebut. Segala komponen memang ringan daripada frem tiub langsing hingga rim magnesium Campagnolo, manakala fairing gentian kaca dengan lohong di depan untuk tambahan ventilasi membantu NCR memotong udara untuk efek aerodinamik.

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

Lelongan 900NCR dijadualkan bermula Januari 2019 dengan anggaran harga jualan antara AS$90,000-AS$120,000 (RM376,112-RM501,483) dengan mengambil contoh lelongan Bonham pada 2014, pada harga AS$175,000 (RM731,330). Jadi tidak mustahil ia mampu dijual semahal itu.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati NCR 900, isle of man tt, lelong, Mecum Auctions, Mike Hailwood, NCR, roda2, Rumah Lelongan, Torbjörn Lindgren

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev