• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ilmberger Carbon Hasilkan 3 Versi Ducati Panigale V4 dengan Perincian Gentian Karbon Sempurna

Ilmberger Carbon Hasilkan 3 Versi Ducati Panigale V4 dengan Perincian Gentian Karbon Sempurna

December 18, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMASA Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot), Oktober lalu, Ilmberger Carbon - syarikat pembuat gentian karbon untuk motosikal prestasi tinggi yang diasaskan bekas pelumba Julius Ilmberger, mendedahkan Ducati Panigale V4 yang dibikin menggunakan komponen kekuatan tinggi itu.

Superbike V4 itu muncul serba unik dengan penampilan berkualiti tinggi menerusi penggunaan proses karbon autoklaf superior dengan standard tertinggi dalam sulaman prapreg. Proses ini menghasilkan kepingan gentian karbon yang kuat dan ringan yang kalis ultra-ungu (UV). Semua bahagian mendapat kelulusan TUV dan ABE, dan juga mesra alam sekitar.

BACA >>> BMW R nineT Urban G/S Sentuhan Pakar Gentian Karbon Jerman, Ilmberger Carbon (IC)

BERKUALITI TINGGI


Kualiti dimiliki superbike ini ialah sama seperti apa dihasilkan syarikat dilantik BMW Motorrad untuk HP4 Race, AS$78,000 (RM325,848) yang diuji di Circuit of the Americas. Kini Ilmberger Carbon meluaskan pilihan Ducati Panigale V4 kepada 3 pilihan cita rasa: Race, Street Gloss dan Street Matte. 

Versi Street ialah untuk model yang sedia dipandu di jalanan, manakala komponen gentian karbon untuk Race siap untuk bertarung atas trek, termasuk bahagian depan dan belakang yang tidak disertakan fungsi lampu, cermin dan braket nombor plat.

BACA >>> BMW HP4 Race Superbike Rare, Enjin 999cc & 215hp - Hanya RM520,900 !!!

Tiga varian final Panigale V4 Carbon dibina dengan kerangka gentian karbon sepenuhnya, termasuk frem dan penutup enjin. Menariknya ialah kualiti perincian dan ketepatan pembuatan gentian karbon dihasilkan Ilmberger memang menakjubkan

Ilmberger Carbon juga menghasilkan bahagian gentian karbon yang akan dihantar terus kepada pemilik, sama ada ditempah secara satu bahagian atau seluruh pakej jentera gentian karbon. Maklumat tambahan boleh layari laman web Ilmberger-Carbon.com.

GALERI
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-i
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-ii
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-iii
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-iv
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-ix
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-v
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-vi
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-vii
2018-ilmberger-carbon-ducati-panigale-v4-viii

SUMBER: UltimateMotorcycling

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: auto terkini, Ducati, Ducati Panigale V4 Carbon, gentian karbon, IC, Ilmberger Carbon, Ilmberger Carbon (IC), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my