KHABAR tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua sudah lama berlegar di alam maya. Namun, pengeluar kenderaan nasional kedua itu cukup bijak menyimpan rahsia hingga langsung tiada imej atau spesifikasi yang terbocor.
Sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Perodua mengambil peluang mempamerkan SUV tersebut yang dapat dilihat bermula esok, 23 November hingga 2 Disember ini.
Namun, sosok model baharu itu masih ditutup rapi dan hanya dapat dilihat menerusi 5 lubang kecil, tidak ubah seperti bermain peek-a-boo atau cak bum. Apapun, kami cuba juga mendapatkan imej model tersebut dari celahan kotak dan tirai seakan kelambu buat tatapan pembaca.
Berdasarkan imej ditangkap, rupa depan dan lekuk lampu seakan mirip Daihatsu Terios. Gril depan didatangkan dengan dua garis krom, manakala lampu belakang terpisah kepada dua sektor dan dilarik hingga pintu but.
BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum
Bampar belakang dipadankan difuser krom. Turut kelihatan tayar simpanan yang diletakkan bawah bampar. SUV Perodua, dengan nama kod D38L, ialah model rebadge Daihatsu Terios. Pengganti kepada Nautica itu dikatakan bakal ditawarkan dalam konfigurasi 7-kerusi.
Seperti model terdahulu, model rebadge Perodua ini akan mendapat sentuhan kosmetik untuk disesuaikan dengan identiti syarikat itu. SUV berkenaan akan menggunakan enjin sama dengan Toyota Rush, iaitu 1.5L. Bagaimana pula harga? Kami jangka harga pengenalan model itu sekitar RM80,000.
BACA >>> Perodua Perkenal GearUp Smart Bluetooth TPMS - Peranti Pintar Pantau Tekanan Tayar
Leave a Reply