• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelanggan Ingress Auto Puchong Teruja Pandu Uji BMW X3 & X5

Pelanggan Ingress Auto Puchong Teruja Pandu Uji BMW X3 & X5

November 18, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DALAM usaha memberikan pengalaman pemilikan lebih menyeronokkan, Ingress Auto Puchong yang juga wakil pengedar BMW Malaysia mengadakan trip pandu uji khas buat pelanggannya, baru-baru ini.

Sesi pandu uji itu melibatkan 11 unit barisan model BMW Siri X yang terdiri daripada X3 dan X5 dengan penyertaan seramai 20 peserta.

Bermula dari bilik pameran Ingress Auto di Puchong, konvoi itu menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi aktiviti off-road. Bersesuaian dengan karakter SUV yang tahan lasak dan versatil, peserta diberi peluang memandu uji dan merasai pengalaman mengendali jentera di laluan off-road.

Peserta turut dikongsikan dengan tip pemanduan dan cara pengendalian yang betul ketika beraksi di laluan berbukit, lasak dan mencabar. Mereka turut didedahkan pelbagai skil pemanduan oleh jurulatih berpengalaman.

BACA >>> 9 Fakta Pantas | BMW X3 Generasi ke-3 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga RM320k

Ternyata kedua-dua model SUV terbaharu daripada BMW itu mampu mengharungi laluan off-road dengan mudah tanpa sebarang masalah. Selesai di laluan off-road, kesemua peserta menuju ke Avani Sepang GoldCoast Resort untuk makan malam.

Pengurus Pemasaran dan Korporat Ingress Auto Puchong, Eugene Lim berkata, sesi pandu uji ini diadakan bertujuan menguji keupayaan sebenar SUV BMW yang bukan saja terbukti di jalan raya malah mampu melepasi pelbagai rintangan di laluan lasak.

Tambahnya, pelanggan ternyata seronok dan segala rintangan mampu dilepasi dengan mudah dengan SUV BMW.

Dalam pasa itu, Ingress Auto Puchong sedang mengdakan kempen jualan sepanjang November. Pelanggan yang membuat tempahan bagi model terpilih layak menerima telefon pintar iPhone XS Max bersama Apple Watch Series 4 bernilai keseluruhan RM7,148. Maklumat lanjut, layari www.ingressauto.com.my atau laman facebook facebbok.com/ingressauto.

BACA >>> 7 Fakta Pantas - BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak

GALERI

Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_3
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_4
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_7
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_6
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_8
Ingress Auto Puchong
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_1
Ingress Auto Puchong
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_9
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_5
Ingress Auto Puchong Pandu Uji BMW X3_PanduLaju_11

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ingress Auto Puchong, pandu uji bmw Ingress Auto Puchong, pandu uji bmw x3, pandu uji bmw x5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev