Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»9 Fakta Pantas | BMW X3 Generasi ke-3 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga RM320k
Roda4

9 Fakta Pantas | BMW X3 Generasi ke-3 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga RM320k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X3 generasi ke-3 versi pemasangan tempatan (CKD) sebagai bukti komitmen pengeluar itu dalam meluaskan pelaburan di Malaysia, termasuk menjadikan negara ini sebagai hab jenama itu di Asia Tenggara.

BMW X3 diperkenalkan dalam varian BMW X3 xDrive30i Luxury. Berikuta ialah 9 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, disebut BMW sebagai kenderaan aktiviti sukan (SAV):

1. Dimensi dipertingkat dengan jarak roda lebih panjang 50mm. Kapasiti but pula lebih luas dengan saiz overhang depan lebih pendek untuk memberikan tahap keseimbangan kukuh, termasuk menghasilkan agihan berat kenderaan 50:50 yang sempurna antara gandar depan dan belakang.

2. Pertama kali menampilkan perincian terbaharu menerusi rekaan signatur gril buah pinggang (kidney) 3D dan lampu kabus heksagon. Bahagian bawah badan kereta dilindungi pelapik plastik kelabu dan krom berkilat dan dilengkapkan rim 19-inci.

3. Teknologi pencahayaan terkini dengan lampu utama LED, terdiri daripada lampu suluh rendah (low-beam) dan lampu suluh tinggi (high-beam), lampu sisi dan lampu signal. Teknologi bantuan lampu tinggi (HBA) berfungsi membuat suluhan tinggi secara automatik apabila diperlukan.

4.  Dijana enjin petrol 4-silinder BMW TwinPower Turbo 2.0L berkuasa 252hp dan tork 350Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport. Pecutan 0-100kmj sepantas 6.3 saat, manakala kelajuan maksimum 240kmj.

5. Lebih ringan. Berat jentera dikurangkan 55kg berbanding model terdahulu.

6. Ruang kabin dilengkapi panel instrumen multifungsi dengan teknologi BMW Black Panel yang menggantikan kluster meter versi lama. Selain paparan maklumat seperti navigasi, pemandu boleh memilih tiga mod pemanduan: ECO PRO, COMFORT, dan SPORT. Pemandu turut diberikan sentuhan skema warna dan gaya grafik tersendiri.

7.  Maklumat kenderaan dipaparkan menerusi skrin 10.25-inci pada panel instrumen dengan kawalan fungsi sentuh yang memberi akses intuitif kepada maklumat diperlukan. Pemandu juga mendapat akses portal pelanggan – BMW ConnectedDrive.

8. Pakej Jaminan dan Bantuan Menarik. BMW X3 menawarkan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan Program Servis Berjadual Percuma, Program Waranti Tayar (2 tahun/24 bulan) untuk servis tayar run-flat, bantuan jalanan dan talian hotline kemalangan, aplikasi mobil – BMW Group Loyalty+ – BMW White Card serta servis atas talian.

9. Anggaran harga sekitar RM320,000 dan penghantaran akan dibuat bermula Julai ini.

GALERI

 

BMW BMW Group Malaysia BMW X3 BMW X3 CKD BMW X3 generasi ketiga BMW X3 Malaysia BMW X3 xDrive30i Luxury Harga BMW X3 Harga BMW X3 CKD kenderaan aktiviti sukan (SAV) Roda4 SAV Sports Activity
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.