DALAM usaha memberikan pengalaman pemilikan lebih menyeronokkan, Ingress Auto Puchong yang juga wakil pengedar BMW Malaysia mengadakan trip pandu uji khas buat pelanggannya, baru-baru ini.
Sesi pandu uji itu melibatkan 11 unit barisan model BMW Siri X yang terdiri daripada X3 dan X5 dengan penyertaan seramai 20 peserta.
Bermula dari bilik pameran Ingress Auto di Puchong, konvoi itu menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi aktiviti off-road. Bersesuaian dengan karakter SUV yang tahan lasak dan versatil, peserta diberi peluang memandu uji dan merasai pengalaman mengendali jentera di laluan off-road.
Peserta turut dikongsikan dengan tip pemanduan dan cara pengendalian yang betul ketika beraksi di laluan berbukit, lasak dan mencabar. Mereka turut didedahkan pelbagai skil pemanduan oleh jurulatih berpengalaman.
BACA >>> 9 Fakta Pantas | BMW X3 Generasi ke-3 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga RM320k
Ternyata kedua-dua model SUV terbaharu daripada BMW itu mampu mengharungi laluan off-road dengan mudah tanpa sebarang masalah. Selesai di laluan off-road, kesemua peserta menuju ke Avani Sepang GoldCoast Resort untuk makan malam.
Pengurus Pemasaran dan Korporat Ingress Auto Puchong, Eugene Lim berkata, sesi pandu uji ini diadakan bertujuan menguji keupayaan sebenar SUV BMW yang bukan saja terbukti di jalan raya malah mampu melepasi pelbagai rintangan di laluan lasak.
Tambahnya, pelanggan ternyata seronok dan segala rintangan mampu dilepasi dengan mudah dengan SUV BMW.
Dalam pasa itu, Ingress Auto Puchong sedang mengdakan kempen jualan sepanjang November. Pelanggan yang membuat tempahan bagi model terpilih layak menerima telefon pintar iPhone XS Max bersama Apple Watch Series 4 bernilai keseluruhan RM7,148. Maklumat lanjut, layari www.ingressauto.com.my atau laman facebook facebbok.com/ingressauto.
BACA >>> 7 Fakta Pantas - BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak
Leave a Reply