INI bukan artikel pasal keturunan orang Perak. Tetapi percayalah jenama motosikal ini dan pilihan nama produk diberikan begitu dekat di hati kita. Sayangnya, jentera roda dua itu cuma diperkenalkan di India dan model yang dimaksudkan itu ialah bobber bernama, Jawa Perak. Ate... cantik juga yob hoi!
BACA >>> Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu - Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar
Motosikal dikeluarkan Jawa Motorcycles itu akan dipasarkan secara rasmi tahun depan pada harga ₹1.89 lakh (RM11,000). Pengeluar itu turut memperkenalkan Jawa Classic, ₹1.64 lakh (RM9,550) dan Jawa Forty-Two, ₹1.55 lakh (RM9,000).
Jawa Perak menggunakan enjin silinder tunggal 334cc berkuasa 30hp dan tork maksimum 31Nm. Hantaran kuasa lancar disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan, dan ditawarkan dalam skema warna hitam bersama casis jenis cradle ganda.
Penampilan bobber semakin menyerlah apabila subfrem belakang dihilangkan, manakala swingarm dan monoshock di bawah pelana sengaja dibikin sedemikian rupa supaya mirip casis hardtail. Tangki minyak dan lampu depan diilhamkan daripada rekaan Jawa Classic dengan padanan pelana kulit tunggal.
Ciri bobber juga dapat dilihat pada fender depan dan belakang terpotong, termasuk lampu belakang bawah pelana. Hendal rata, cermin di hujung kiri kanan hendal dan signal bulat gaya retro menyerlahkan penampilan sebuah bobber klasik. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada unit teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
BACA >>> Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield
Keupayaan membrek dipikul brek cakera depan, 280mm dan belakang, 240mm dengan kaliper ByBre. Komponen ABS 2 saluran diberikan sebagai standard yang dilengkapkan bersama rim 18 inci dengan tayar Pirelli Sports Demon di depan dan rim 17 inci bersama tayar Pirelli Angel CT di belakang.
Sebelum terlupa, Jawa ialah jenama motosikal berasal dari Czechoslovakia (pecahan kepada Republik Czech dan Slovakia), tetapi berpangkalan di Prague, Republik Czech. Jawa dibawa masuk ke pasaran India menerusi konglomerat Mahindra Group dan dipasangkan di kilang Pithampur di Madhya Pradesh.
Jadi, memang tiada kena mengena dengan Jawa, Perak, Malaysia atau Indonesia. Dan tidak pula diketahui sama ada jenama ini akan masuk ke pasaran negara kita.
GALERI
SUMBER: IndianAutosBlog
Mohd Rusli Hussain says
Beautiful bikes, surely this is going to be a bit to would be fans here in Malaysia......
Bring it here !!!
Armani.Polo says
X boleh bawa masuk sebab nanti ada yang overclaim... Hhhh... Klemdan lorri...