Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield
Auto Terkini

Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/07/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAWA ini bukanlah jenama motosikal dari Tanah Jawa di Indonesia, tetapi berasal dari Czechoslovakia (kini menjadi pecahan kepada Republik Czech dan Slovakia). Ibu pejabat Jawa Motor terletak di Prague, Republik Czech dan terkenal dalam pembuatan motosikal gaya retro klasik.

Jawa ialah singkatan daripada perkataan Janeček dan Wanderer. Pada zaman kegemilangan motosikal ini, sekitar 1950-an, pengeluar ini pernah mengeksport motosikal buatannya ke 120 negara.

Terbaharu, Pengerusi Mahindra Group, Anand Mahindra dalam akaun Twitternya mengesahkan akan membawa masuk semula jenama motosikal itu ke India selepas kali terakhir menamatkan pengeluaran di negara Asia Selatan itu pada 1996.

MULA DIHASILKAN BULAN INI

Laporan media India menyatakan pengeluaran motosikal Jawa akan bermula bulan ini di kilang Pithampur di Madhya Pradesh. Kemunculan semula jenama itu bakal mencabar dominasi Royal Enfield yang pernah menjadi pesaing kuat sekitar era 1980-an lalu.

Jawa pernah melancarkan dua motosikal di pasaran antarabangsa: Jawa 350 dan Jawa 660.

Model Jawa 350 dikuasakan enjin 2-lejang 343.5cc berkuasa 22.8hp @ 5,250 rpm dan tork 32Nm @ 4,750rpm dengan kotak gear 4-kelajuan. Jawa 660 pula dijana enjin 660cc berkuasa 48.27hp @ 6,000rpm dan tork 57.5 Nm @ 5,500rpm dengan kotak gear 5-kelajuan.

Namun spesifikasi Jawa baharu untuk pasaran India masih belum diketahui. Laporan mendakwa motosikal itu akan menggunakan enjin 300cc yang kini menjadi trenkuasa Mojo, juga jenama motosikal tempatan di India di bawah Mahindra.

Pada 2016, subsidiari Mahindra, Classic Legends Private Limited (CIPL), menandatangani perjanjian perlesenan jenama dengan Jawa yang membolehkan syarikat itu mrnjual model Jawa di pasaran Asia tertentu, termasuk India.

SUMBER: TeamBHP

Anand Mahindra Auto Terkini Classic Legends Private Limited (CIPL) Jawa Jawa Motor Mahindra Group roda2 Royal Enfield
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.