• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Pelik Tapi Benar, Motosikal Jawa Perak Muncul di India!

Pelik Tapi Benar, Motosikal Jawa Perak Muncul di India!

November 15, 2018 By AI 2 Comments

714
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI bukan artikel pasal keturunan orang Perak. Tetapi percayalah jenama motosikal ini dan pilihan nama produk diberikan begitu dekat di hati kita. Sayangnya, jentera roda dua itu cuma diperkenalkan di India dan model yang dimaksudkan itu ialah bobber bernama, Jawa Perak. Ate... cantik juga yob hoi!

BACA >>> Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu - Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

Motosikal dikeluarkan Jawa Motorcycles itu akan dipasarkan secara rasmi tahun depan pada harga ₹1.89 lakh (RM11,000). Pengeluar itu turut memperkenalkan Jawa Classic, ₹1.64 lakh (RM9,550) dan Jawa Forty-Two, ₹1.55 lakh (RM9,000).

JAWA PERAK-1
JAWA PERAK-7
JAWA PERAK-6

Jawa Perak menggunakan enjin silinder tunggal 334cc berkuasa 30hp dan tork maksimum 31Nm. Hantaran kuasa lancar disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan, dan ditawarkan dalam skema warna hitam bersama casis jenis cradle ganda.

Penampilan bobber semakin menyerlah apabila subfrem belakang dihilangkan, manakala swingarm dan monoshock di bawah pelana sengaja dibikin sedemikian rupa supaya mirip casis hardtail. Tangki minyak dan lampu depan diilhamkan daripada rekaan Jawa Classic dengan padanan pelana kulit tunggal.

Ciri bobber juga dapat dilihat pada fender depan dan belakang terpotong, termasuk lampu belakang bawah pelana. Hendal rata, cermin di hujung kiri kanan hendal dan signal bulat gaya retro menyerlahkan penampilan sebuah bobber klasik.  Keselesaan tunggangan diserahkan kepada unit teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).

BACA >>> Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield

Keupayaan membrek dipikul brek cakera depan, 280mm dan belakang, 240mm dengan kaliper ByBre. Komponen ABS 2 saluran diberikan sebagai standard yang dilengkapkan bersama rim 18 inci dengan tayar Pirelli Sports Demon di depan dan rim 17 inci bersama tayar Pirelli Angel CT di belakang.

Sebelum terlupa, Jawa ialah jenama motosikal berasal dari Czechoslovakia (pecahan kepada Republik Czech dan Slovakia), tetapi berpangkalan di Prague, Republik Czech. Jawa dibawa masuk ke pasaran India menerusi konglomerat Mahindra Group dan dipasangkan di kilang Pithampur di Madhya Pradesh.

Jadi, memang tiada kena mengena dengan Jawa, Perak, Malaysia atau Indonesia. Dan tidak pula diketahui sama ada jenama ini akan masuk ke pasaran negara kita.

GALERI

SUMBER: IndianAutosBlog

Artikel Berkaitan

714
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: India, Jawa, Jawa classic, Jawa Forty-Two, Jawa Motor, Jawa Motorcycle, Jawa Perak, roda2

Comments

  1. Mohd Rusli Hussain says

    November 15, 2019 at 12:19 PM

    Beautiful bikes, surely this is going to be a bit to would be fans here in Malaysia……
    Bring it here !!!

    Reply
  2. Armani.Polo says

    December 23, 2020 at 10:25 AM

    X boleh bawa masuk sebab nanti ada yang overclaim… Hhhh… Klemdan lorri…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my