• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah 3 Sebab Utama Kenapa Gambar Terowong Banjir Bukan Terowong SMART!

Inilah 3 Sebab Utama Kenapa Gambar Terowong Banjir Bukan Terowong SMART!

November 13, 2018 By Han Othman Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA ramai pembaca dapat mesej tular tentang gambar banjir kilat di bandar raya Kuala Lumpur (KL) yang mendakwa kononnya lokasi tersebut berlaku di Terowong SMART di Jalan Tun Razak. Ada dua gambar ditularkan, pertama menunjukkan seorang pemandu Honda Civic sedang duduk di atas bumbung keretanya, manakala kedua, kelihatan pemandu lori berdiri di atas kargo belakang.

BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)

Walaupun foto yang ditularkan itu asli, tetapi lokasi yang dinyatakan jelas palsu dan penuh penipuan durjana. Faktanya, lokasi banjir itu berlaku dalam terowong Persimpangan Lorong Kuda antara Jalan Tun Razak dengan KLCC. Ini disahkan laporan The Star dan dikuatkan dengan fakta daripada rakan media, Blog Jalan Raya Malaysia (BJRM).

banjir-terowong-jalan-tun-razak
banjir-terowong-jalan-tun-razak

Berikut kami coretkan semula fakta 'terowong banjir' seperti dijelaskan BJRM tentang perbezaan ketara yang dapat kita kesan pada gambar tular tersebut. Ingat, tak pasti jangan kongsi!

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?


KL dilanda banjir kilat pada 11 November 2018 susulan hujan lebat tanpa henti selama lebih 2 jam. Antara kawasan terjejas termasuklah Jalan Tun Razak.

Antara gambar yang tular termasuklah insiden seorang pemandu Honda Civic 2012 yang terpaksa memanjat ke bumbung keretanya setelah terowong yang dilaluinya itu dinaiki air. Namun, terdapat spesies bebal yang mendakwa kononnya terowong itu ialah SMART Tunnel E38 padahal lokasi sebenarnya ialah di terowong Persimpangan Lorong Kuda antara Jalan Tun Razak dengan KLCC.

Ada 3 dalil utama terowong yang tular itu BUKAN Terowong SMART E38:

  1. Terowong dalam insiden itu berselekoh tajam, padahal Terowong SMART E38 tidak berselekoh setajam itu.
  2. Keratan rentas terowong yang tular itu berbentuk segiempat dan bukan separa bulatan seperti Terowong SMART E38 sebenar. Tambahan pula, Terowong SMART E38 ada susunan segmen-segmen dinding terowong yang tersusun cantik.
  3. Terowong yang ditularkan itu agak tinggi, sedangkan Terowong SMART E38 rendah sahaja, menyebabkan kereta sahaja boleh menggunakannya.

Lain kali, fikir sebelum tular.

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Banjir Kilat, SMART Tunnel E38, Terowong, Terowong TUNNEL E38, tular, Tular Terowong SMART Banjir, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev