• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fakta Unik, Van Komersial Ford Transit Custom Jadi Kenderaan Kedua Terlaris di Britain

Fakta Unik, Van Komersial Ford Transit Custom Jadi Kenderaan Kedua Terlaris di Britain

November 6, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CARTA jualan kenderaan biasanya digunakan untuk memahami tabiat atau kecenderungan pengguna. Di negara kita misalnya, kenderaan ekonomi dan kompak seperti Perodua Axia, Myvi dan Bezza begitu laris sekali.

Apabila sesebuah pengeluar merancang mengeluarkan model baharu, fakta tersebut perlu diambil kira. Tetapi bagaimana pula jika kenderaan kedua paling laris di sesebuah negara ialah van komersial? Inilah yang berlaku di Britain apabila Ford Transit Custom menjadi model kedua terlaris sepanjang Oktober 2018. Pelik tapi benar!

Model terlaris pula ialah Ford Fiesta. Ini satu gabungan unik apabila kereta bandar menduduki tempat pertama, manakala van komersial di tempat kedua.

BACA >>> Ford Mustang ke-10 Juta, Kini Lebih Banyak daripada Penduduk Michigan

SUDAH LAMA LARIS


Rupa-rupanya Transit Custom memang sudah laris sejak dulu lagi. Dominasi model itu dalam segmen kenderaan komersial ialah 33.2 peratus, naik hampir 2 peratus berbanding Oktober tahun lalu. Dominasi itu juga hampir dua kali ganda berbanding model pesaing terdekat.

Satu lagi fakta ialah Transit Custom (termasuk Tourneo Custom) ialah kenderaan ketiga terlaris di Britain setakat tahun ini. Hampir 52,000 unit sudah terjual tahun ini dan model berkenaan berada dalam laluan betul untuk mencatatkan jualan terbaik sejak dilancarkan pada 2013.

BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 - Ford Fiesta Selesa di Atas

Jualan varian Tourneo Custom pula tinggi sekarang ini, meningkat 30 peratus berbanding tahun lalu dan mewakili 8 peratus daripada jualan Transit Custom. Selain itu, warna paling digemari pelanggan ialah putih dengan hampir 45 peratus jualan, diikuti warna lain seperti perak, kelabu dan jingga Orange Glow.

Di Britain, Ford ialah jenama nombor satu di sana dan memegang carta jualan untuk kenderaan penumpang dan komersial. Fiesta ialah model terlaris Oktober dan tahun ini, manakala model lain seperti C-MAX, Galaxy, Transit Courier, Transit Connect, Transit Custom, Tourneo Custom dan Ranger menerajui segmen masing-masing sepanjang bulan sama.

BACA >>> Siapa Sangka Ford Escort (1972) Ini Dilelong Pada Harga £70,875 (RM385,985)!

GALERI
Ford Fiesta Vignale
Ford Tourneo Custom
Ford Transit Custom.01
Ford Transit Custom.02
Ford Transit Custom.03
Ford Transit Custom.04
Ford Transit Custom.05
Ford Transit Custom

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford Fiesta, Ford Transit, Ford Transit Custom, Ford UK, Kenderaan Komersial, Roda4, Van Komersial

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev