Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 – Ford Fiesta Selesa di Atas
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 – Ford Fiesta Selesa di Atas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/05/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSATUAN Pengeluar dan Pedagang Motor (SMMT) mendedahkan kemas kini terbaharu untuk senarai 10 kereta  paling laris di Britain dengan angka pendaftaran terkini setakat April 2018.

Ford Fiesta masih berada di carta teratas dengan 7,811 pendaftaran bulan lalu, iaitu 2,392 unit mengatasi Volkswagen Golf di tempat kedua.

April turut memberikan berita baik kepada industri automotif di Britain yang menyaksikan angka jualan kereta baharu meningkat buat kali pertama dalam tempoh 12 bulan. Belian pembeli kereta Britain meningkat 10.4 peratus berbanding April tahun lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang ‘Resale Value’ yang Perlu Anda Tahu

PASARAN MASIH TIDAK MENENTU


Namun pakar tetap menasihatkan supaya berhati-hati kerana April 2017 memberikan garis asas rendah bagi jualan kereta walaupun Mac 2017 mencatatkan angka jualan kukuh. Ini kerana pembeli mengambil langkah mengelak unjuran cukai baharu. Selain itu, angka tahunan bagi 2018 masih kekal 8.8 peratus di bawah angka jualan tahun lalu.

Pada bulan lalu, jualan kereta petrol meningkat 38.5 peratus walaupun dilihat sebagai kesan daripada jualan kenderaan diesel yang merosot, jatuh 24.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kenderaan hibrid dan EV turut menikmati kenaikan mendadak 49.3 peratus berbanding April 2017 walaupun segmen ini cuma 5.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran.

Tahun lalu dilihat sebagai tempoh ujian bagi industri kereta berikutan Brexit, iaitu pengunduran Britain daripada blok Eropah, dan pengumuman larangan kereta bukan elektrik menjelang 2040, serta pengenalan kadar cukai jalan VED baharu dengan tarif lebih tinggi untuk emisi.

BACA >>> Angkara Brexit, Lesen Memandu UK Mungkin Tidak Sah di Eropah

Walaupun 2017 masih tahun ketiga terbesar bagi jualan kereta sepanjang tempoh sedekad, pakar industri menyuarakan kebimbangan dengan gangguan pasaran untuk tahun ini.

Apapun, Ford Fiesta kekal sebagai kereta paling laris di Britain setakat ini. Apakah pula model lain yang menduduki carta 10 paling laris setakat April lalu?

1. FORD FIESTA – 40,619 pendaftaran


Model ini berjaya mengungguli 2017 sebagai kereta paling laris di Britain dan sehingga kini masih berada di kedudukan teratas 2018, mengatasi pencabar terdekat dengan 14,000 pendaftaran. Sebanyak 7,811 unit model baru Fiesta terjual pada April, memberi petunjuk kukuh kejayaan jualan model segmen-B itu bagi tahun ini.

2. VOLKSWAGEN GOLF – 26,685 pendaftaran


Berada di tempat kedua, Volkswagen Golf masih di bawah Ford Fiesta bagi kedudukan hingga April 2018 dengan catatan pendaftaran 5,482 unit walaupun jauh ditinggalkan pesaing itu.

3. NISSAN QASHQAI – 21,171 pendaftaran


Memulakan 2018 di tempat ke-4, Nissan Qashqai berjaya menaiki tangga ke-3 bagi kedudukan terkini. Pada 2017, model ini ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) paling popular di Britain, tetapi Vauxhall Mokka X berjaya memintas kedudukan tersebut pada 2 bulan pertama tahun ini. Selepas itu barulah Qashai merebut kembali takhta SUV paling popular Britain berikutan susutan jualan Mokka X.

4. FORD FOCUS – 19,344 pendaftaran


Tidak selesai dengan kedudukan pertama pada April untuk Fiesta, Ford juga menduduki tempat ke-4 menerusi Focus. Dengan 3,784 pendaftaran sepanjang April, model Focus berjaya mengekalkan kedudukan di tempat ke-4 keseluruhan dengan menyaksikan penambahan peminat bagi model baharu yang dijadualkan di pasaran menjelang September ini.

5. VAUXHALL CORSA – 17,995 pendaftaran


Vauxhall ialah jenama yang terdesak untuk menonjolkan reputasinya tahun ini. Sebanyak 2,643 pendaftaran untuk model Corsa direkodkan setakat April lalu. Tahun lalu, Vauxhall berada di tempat ke-5 dalam jualan paling laris di Britain tahun lalu. Pengeluar itu kini merancang mengekalkan kedudukan tersebut selepas memutuskan bernaung di bawah PSA Group.

6. FORD KUGA – 15,865 pendaftaran


Lagi model Ford dalam senarai 10 terbaik yang selesa menyingkirkan pesaing regular seperti Vauxhall Astra. Kapasiti but mungkin lebih kecil daripada pesaing lain, tetapi ruang penumpang luas menjadi faktor jualan yang kuat.

7. MERCEDES A-CLASS – 14,849 pendaftaran


Turut sama menduduki carta 10 jualan terbaik Britain, model A-Class dengan tambahan 2,636 pendaftaran pada April lalu. Model hatchback itu rancak menjadi tajuk media kebelakangan ini berikutan penampilan serba baharu yang secara tidak langsung mempengaruhi minat pembeli Britain.

8. MINI – 14,297 pendaftaran


Selepas mendaki naik carta 10 jualan terbaik pada Mac lalu, MINI kini berada di kedudukan ke-8 bagi jualan keseluruhan tertinggi di Britain. Gaya tersendiri dan pemanduan dinamik hebat masih mampu menarik minat pelanggan walaupun tidak berjaya menduduki tempat 10 terbaik bagi pendaftaran bulan lalu.

9. VAUXHALL MOKKA X – 13,579 pendaftaran


Ada saja kejutan dengan edisi awal senarai jualan kereta terbaik, dan Vauxhall Mokka X ialah salah satu kejutan itu. SUV itu memberikan tanggapan pertama tentang potensi penjualan baik sepanjang tahun ini. Lebih diminati berbanding model tradisi Vauxhall yang laris, iaitu Astra, hanya masa bakal menentukan jika Mokka X mampu kekal dalam carta 10 kereta paling laris Britain tahun ini.

10. MERCEDES C-CLASS – 13,495 pendaftaran


Dengan kedudukan ke-9 bagi kategori kereta paling laris 2016 dan 2017, Mercedes C-Class sekali lagi menduduki carta 10 terbaik dalam bulan-bulan pertama tahun ini. Jualan flit yang kukuh banyak membantu melonjakkan kedudukan C-Class hingga ke penghujung tahun. Jenama buatan Jerman itu kini merancang memanfaatkan populariti menerusi pengenalan model baharu pada separuh tahun kedua, tahun ini. Nantikan kemunculannya.

 SUMBER: AutoExpress
Auto Terkini autotainment Britain Ford Ford Fiesta Jualan Kereta UK Kereta Paling Laris UK Mercedes-benz Mini Nissan PERSATUAN Pengeluar dan Pedagang Motor (SMMT) Roda4 Vauxhall Volkswagen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.