SEBANYAK lima institusi pendidikan tinggi terpilih menerima sumbangan enjin TwinPower Turbo 2.0L daripada BMW Group Malaysia bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D).
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Taylor's University, International College Of Automotive (ICAM) dan The Otomotif College (TOC) adalah antara lima institusi terpilih.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, pihaknya berharap kerjasama ini mampu melahirkan lebih banyak kepakaran dalam bidang automotif selain menginovasikan industri automotif negara.
Leave a Reply