KTM Malaysia kembali lagi dan kali ini memperkenalkan barisan produk lebih berkuasa, kukuh, ringan dan lincah kepada peminat off-road tempatan dengan membawa masuk model:
- Motocross: KTM 250 SX-F (2019)
- Enduro: KTM 250 EXC TPI, 300 EXC TPI, 250 EXC-F, 350 EXC-F dan 450 EXC-F (Semua model enduro dalam varian Standard dan edisi khas Six Days).
Tempahan semua model kini dibuka dan bakal berada di pusat jualan bermula Oktober ini kecuali 250 EXC-F, 350 EXC-F dan 450 EXC-F yang akan menyusul kemudian.
Berikut fakta ringkas tentang barisan model off-road KTM 2019 di Malaysia itu.
1. MOTOCROSS - KTM 250 SX-F (2019)
KTM 250 SX-F bukan untuk kegunaan jalan biasa dan hanya untuk aktiviti lasak off-road. Generasi baharu SX (2019) ini didatangkan dengan pengendalian dan ketahanan dipertingkat selain berat jentera yang lebih ringan berserta penampilan baharu.
BACA >>> KTM Jemput Juara Enduro NZ 8 kali, Chris Birch Jadi Cikgu Off-Road
Dijual pada harga RM38,500, karakter KTM 250 SX-F diserlahkan menerusi:
- Bahagian enjin dikemas kini bersama gabungan klac DS (Diaphragm Steel) baharu dan padanan transmisi Pankl. Pembangunan klac DS mengurangkan tekanan pada tuil, meningkatkan operasi kerja klac lebih baik dan menyumbang kepada pengurangan berat 190gram.
- Dilengkapi mufler 4-injap lebih pendek dengan teknologi resonator 4-injap baharu.
- Terotel badan baharu menyumbang kepada routing kabel lebih baik dan kedap (seal) sensor MAP lebih bagus.
- Casis dibina semula dengan frem lebih kuat untuk pengendalian mantap.
- Subfrem kini lebih panjang 40mm dan swingarm 5mm panjang yang menawarkan kestabilan atas laluan lurus selain bantuan fender belakang lebih kukuh.
- Didatangkan dengan pengukuh (head stay) aluminium.
- Tidak ketinggalan bahagian kerja badan dan CTG direka semula sepenuhnya untuk meningkatkan ergonomik selain pelana dengan kemasan jalur silikon supaya lebih selesa.
- Tunggangan dinamik diserahkan kepada tetapan suspensi baharu bersama apit triple XC baharu untuk kawalan depan lebih baik.
- Pemasangan radiator baharu menawarkan graviti tengah rendah dan kitaran penyejukan optimum yang memberikan tahap pendinginan lebih efisien.
- Dipasangkan bateri litium-ion Haijiu supaya jentera mudah dihidupkan.
2. ENDURO - KTM 250 EXC TPI, 300 EXC TPI, 250 EXC-F, 350 EXC-F DAN 450 EXC-F
Berikut senarai harga model Enduro pasaran Malaysia mengikut varian:
- KTM 250 EXC TPI (Standard/Six Days): RM39,000/RM42,500
- KTM 300 EXC TPI (Standard/Six Days): RM43,500/48,000
- KTM 250 EXC-F (Standard/Six Days): RM44,000/RM48,500
- KTM 350 EXC-F (Standard/Six Days): RM45,000/RM49,500
- KTM 450 EXC-F (Standard/Six Days): RM46,000/RM50,500
Varian Six Days dibezakan menerusi:
- Silenser dan bar hendal dengan logo Six Days, plat skid, puler gandar depan.
- Pelindung panas karbon 2-injap.
- Dua komponen sproket belakang Supersprox Stealth.
- Frem jingga.
- Apit tripel CNC jingga.
- Brek cakera depan apung.
- Gad rantai jingga.
- Pelana Six Days.
- Butang Opsyen Pemetaan (semua model).
- Fork terbalik (USD) WP Xplor 48 dengan beban boleh laras.
- Kipas radiator untuk semua enjin 4-injap.
- Grafik eksklusif Six Days.
BACA >>> 16 Fakta Pantas | KTM XC-F (2019) Versi Kemas Kini yang Lebih Mantap
KTM tidak hanya menghidupkan segmen Enduro, tetapi juga melakar semula perjalanan segmen tersebut apabila memperkenalkan 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI. Daripada bergantung pada induksi port silinder dengan enjin 2-lejang tradisional, enjin TPI (Pindahan Induksi Port) memiliki suntikan minyak sendiri ke port pindahan.
Tekanan udara dan suhu akan diimbangi secara automatik. Minyak pelincir (2T) tidak bercampur, tetapi bekalan dikawal secara elektronik melalui pam minyak. Enjin TPI KTM bukan saja lebih berkuasa kerana teknologi tetapi juga tidak mencemarkan seperti model 2-lejang.
Sementara itu, model enjin 450 EXC-F pula dilengkapi dengan suntikan bahan api dengan aci sesondol @ camshaft tunggal bersama tork boleh kawal. Model enduro 2019 juga dipasangkan suspensi WP boleh laras yang direka khas untuk tunggangan lasak dan perlumbaan.
BACA>>>Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) Lengkapkan Barisan Jentera Off-Road Eropah
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork USD WP XPLOR 48 (depan) dan absorber WP XPLOR PDS (belakang). Redaman suspensi ditala dengan sensitiviti tinggi untuk mengatasi pelbagai rintangan mencabar.
GALERI
KTM 250 SX-F (2019)
KTM 350 EXC-F
Kamal Fauzi zulkiflie says
Berminat KTM MCM mana nak beli mkaotor ni kuantan
Kamal Fauzi zulkiflie says
KTM 250 nampak cantik dari moto kros yang lain .lagi pun ria ringan bila di pandu .PM pewer
hafiyullah afiq says
Bos bawak masuk 125cc sama.harga rendah sikit..