• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi e-Tron (2019) Diperkenalkan di Amerika, Harga Bermula RM310k

Audi e-Tron (2019) Diperkenalkan di Amerika, Harga Bermula RM310k

September 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMBANGUNAN kenderaan elektrik (EV) dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin rancak di Amerika Syarikat (AS). Pertama, Mercedes-Benz memperkenalkan EQC, kemudian BMW menerusi iNExt dan terkini, Audi membawa masuk pesaing baharu, e-Tron.

Sayangnya, model diperkenalkan di AS itu tidak segera berada di pasaran kerana pengeluaran baru saja bermula bulan ini di kilang Audi, Belgium, manakala penghantaran SUV elektrik itu bermula pertengahan 2019. Nampaknya, Audi mahu mengikut rentak Tesla yang mana pembeli perlu buat tempahan dengan deposit AS$1,000 (RM4,146) dan boleh dipulangkan semula.

Audi e-Tron (2019)20
Audi e-Tron (2019)16
Audi e-Tron (2019)13

Hanya pelanggan yang menempah dapat melihat ciri pilihan penuh dan maklumat harga lengkap e-Tron menerusi konfigurator atas talian. Untungnya, pembeli masih mendapat kereta aras mula lengkap pada harga AS$74,800 (RM310, 083) sebelum insentif.

BACA >>> Prototaip Audi A7 Terbakar Hadapan Wartawan Pengintip, Betul-Betul Berita Panas!

Senarai ciri standard yang ada pada e-Tron standard, dikenali ‘Premium Plus’:

  • Bantuan Sisi dan Pra Deria Rasa Audi  
  • Lampu depan LED rekaan matrix 
  • Sistem bunyi Bang & Olufsen 3D Premium.
  • Kerusi depan dengan ciri pemanas dan pengudaraan.
  • Navigasi MMI® Navigation dengan Kokpit Virtual Plus
  • Kamera Pandangan Atas bersama virtual 3D
  • Didatangkan standard dengan rekaan rim 5 jejari 20-inci

Audi e-Tron Prestige dengan beza harga $7,000 (RM29,018) menawarkan:

  • Pakej Bantuan Pemandu
  • Paparan dongak (HUD)
  • Kerusi kontur individu dengan kulit Valcona 
  • Fungsi urut pada kerusi depan 
  • Pakej kualiti udara – ionizer dan pewangi
  • Penutup pintu berkuasa
  • Rim 21 inci rekaan turbin
Audi e-Tron (2019)14
Audi e-Tron (2019)3
Audi e-Tron (2019)4

Sementara itu, pilihan kabin didatangkan standard menerusi kerusi hitam, coklat atau kuning air bersama aksen berbeza pada keseluruhan dalaman. Audi e-Tron dibangunkan menggunakan platform MLB yang dimodifikasi, dengan titik mounting suspensi, sistem kawalan penyaman udara, rangkaian elektronik kenderaan dan bantuan pemandu dan hiburan ialah sama seperti Q7 dan Q8. Ia juga biasa bagi model sedan Audi dan kenderaan lain di bawah Volkswagen Group yang menggunakan arkitektur serupa.

BACA >>> Kereta Elektrik Lebih Murah daripada Petrol Menjelang 2025?

Komponen antara gandar yang baharu. Terdapat sepasang motor elektrik, di sisi pek bateri litium-ion 95kWh. Juga penyejukan tren kuasa yang penting bagi menjaga bateri dan motor dalam julat suhu betul supaya memperoleh prestasi EV terbaik.

Audi e-Tron (2019)6
Audi e-Tron (2019)11
Audi e-Tron (2019)19

Setiap motor ada 'pendinginan sejuk' yang melaluinya, manakala haba berlebihan daripada elektronik akan dikitar semula untuk digunakan dalam sistem kawalan penyaman udara yang memberi manfaat ketika musim sejuk. Motor dan bateri Audi didatangkan dengan waranti normal 160,934km atau 8 tahun.

Tiada guna memperkenalkan produk EV tanpa infrastruktur lengkap, jadi Volkswagen Group membangunkan stesen mengecas-500DC pantas berkuasa 150kW dengan operasi mengecas sifar ke 80 peratus dalam hanya 30 minit. Walaupun tidak sepantas rangkaian supercas Tesla, tetapi setidak-tidaknya Volkswagen memulakan langkah.

BACA >>> Audi Bangunkan Teknologi TLIS, Masa Menunggu Lampu Isyarat Kini di Skrin Kereta

GALERI

SUMBER: Electrek

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi e-Tron, B, BMW iNExt, Kenderaan Elektrik (EV), Mercedes-Benz EQC, Roda 4, Roda4, SUV, Volkswagen, Volkswagen AG, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev