STRUT (atau topang) MacPherson ialah jenis suspensi depan paling biasa digunakan kereta moden, tetapi apakah sebenarnya komponen tersebut dan kenapa digunakan hampir setiap kenderaan penumpang masa kini?
JIKA anda baca artikel ini tanpa sebarang pengetahuan tentang suspensi strut MacPherson, jangan risau kerana komponen ini bukanlah terlalu rumit untuk difahami. Semudah bercerita mengenai bagaimana mahu bermain bola sepak.
BACA >>> Suspensi Koenigsegg Boleh Dilaraskan Secara Kawalan Jauh Dari Mana-Mana Pelusuk Dunia
Suspensi strut MacPherson ialah rekabentuk suspensi independen ringkas yang boleh dikatakan digunakan setiap pengeluar kereta arus perdana seluruh dunia, biasanya untuk roda depan. Ia berasaskan rekabentuk segitiga asas dalam dua bahagian: arm kontrol @ control arm dan rod radius yang membentuk bentuk segitiga pada casis kereta. Biasanya, segitiga ini terletak pada bawah suspensi berbanding atas.
Arm kontrol berfungsi mengikat roda secara sisi, manakala rod radius menghentikan roda daripada bergerak ke depan dan belakang dalam gerbang roda. Arm kontrol biasanya tebal dan kuat, serta antara komponen yang disambungkan secara terus kepada bahagian bawah hab roda
Hari ini, dua komponen utama itu direka menjadi satu komponen lebih besar dengan lengan kawalan disatukan bersama bar stabiliser yang menghubungkan unit suspensi dan casis.
BACA >>> 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian, Tolong Jangan Ambil Lewa
Unit damper atau spring dipasang menegak atau dekat dengan suspensi, terdiri daripada silinder tertutup yang dibolt atas hab; antara absorber atau damper. Di atas ialah kolar lebar yang menampung spring koil, manakala syaf damper beroperasi sepanjang masa menerusi tengah koil hingga atas unit spring yang dibolt kuat pada struktur kereta.
Di sini, strut MacPherson mewujudkan struktur tetap 3 poin untuk roda yang terbukti sangat kuat dan versatil, serta mudah diubah suai mengikut keperluan pemandu seperti pemanduan dalam trek. Lebih penting, strut MacPherson ialah rekabentuk suspensi yang murah dihasilkan dan ini antara sebab utama kenapa pengeluar kereta sukakan komponen tersebut. Dalam bahasa mudah, ia murah dan efektif!
Kebetulan pula rekabentuk suspensi tersebut dibuat ketika pembinaan kereta mula menggunakan casis unibodi, atau dipanggil monokok. Monokok memiliki rigiditi tinggi pada kawasan poin mounting strut MacPherson, sekali gus memberikan sokongan dan kawalan diperlukan supaya dapat bekerja baik.
Pelbagai penambahbaikan dibuat sejak beberapa tahun lalu yang menyaksikan interpretasi berbeza tentang rekabentuk suspensi, daripada lakaran awal Earle S MacPherson berupa bar anti-oleng yang dipanjangkan dan turut berfungsi sebagai rod radius, hingga idea terkini yang mana dua komponen tersebut (bar anti oleng dan rod radius) diasingkan. Sesetengah kereta menggunakan suspensi jenis wishbone (atau palang siku) berbanding kombinasi arm kontrol dan rod radius lama.
Strut MacPherson jelas sekali sistem suspensi yang bagus kerana turut digunakan pengeluar ternama seperti Porsche dan BMW. Malah, komponen sama turut digunakan model prestasi yang lebih bajet tetapi disegani atas trek seperti Golf GTI. Ia bukan sekadar komponen murah untuk kereta murah sahaja kerana 99 peratus pengeluar kekal menggunakan rekabentuk asas suspensi yang sama.
BACA >>> Suspensi BMW M5 (E39) Diuji Tanpa Perlu Keluar Makmal
Konfigurasi double-wishbone membolehkan lebih banyak penyelarasan dibuat untuk kamber dan pusat oleng yang boleh mengurangkan olengan badan kereta. Ia juga opsyen yang lebih kuat, malah sesetengah pengguna mendakwa sistem suspensi double-wishbone memberikan lebih kawalan ke atas pengendalian kereta.
Apapun, fakta asas yang patut diketahui, strut MacPhersion ialah sistem suspensi paling efektif dan pintar yang menggabungkan kekuatan, redaman dan stabiliti yang bagus pada kos pembuatan rendah
SUMBER: CarThrottle
haji musa says
lepas baca artikel ni rasa mcm dh boleh jd engineer rsenya
Jamal says
Kat Mana boleh dapat suspension jenis ni..