• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Proton Sepanjang Ogos 2018 Naik - Saga & Persona Terus Jadi Hero!

Jualan Proton Sepanjang Ogos 2018 Naik - Saga & Persona Terus Jadi Hero!

September 3, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

PROTON Saga dan Persona terus menjadi model paling laris apabila mencatatkan jumlah jualan tertinggi sepanjang Ogos 2018. Kedua-dua model terlaris itu masing-masing mencatatkan penjualan sebanyak 4,174 dan 2,957 unit sepanjang Ogos.

Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 9,501 unit kenderaan sudah terjual sekali gus menjadikan ia sebagai bulan jualan tertinggi Proton bagi tempoh 36 bulan. Angka jualan itu turut  menyaksikan kenaikan sebanyak 18.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Proton, peningkatan jualan sepanjang Ogos didorong dengan bulan terakhir pelaksanaan kadar GST kepada sifar selain kempen pemasaran giat dijalankan.

Dalam pada itu, Proton sudah melaksanakan beberapa langkah dan usaha iaitu dengan menambahbaik pusat servis kepada 3S dan 4S bagi menyediakan perkhidmatan lepas jualan lebih baik selain memberi pengalaman lebih menyeronokkan buat semua pelanggan.

Sehingga kini, sebanyak 96 pengedar sudah menerima surat kelulusan bagi penambahbaikan itu dan jumlah itu akan meningkat sehingga 109 cawangan menjelang Oktober depan. Penambahbaikan itu turut didorong dengan kehadiran bakal SUV pertama Proton yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

BACA >>> Foto SUV Proton Bocor Lagi - Tampil Lebih Menarik Dengan Gril Baharu

SUV ProtonSUV PROTON TAMPIL ENJIN TURBO

Dari segi mekanikal, SUV Proton itu juga sudah disahkan akan menampilkan enjin 1.8L TGDi. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, enjin turbo berkenaaan mampu menjana kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500 - 4,000rpm).

Bukan itu saja, model SUV Proton berkenaan juga dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT bagi pemanduan lebih menyeronokkan. Aspek keselamatan pula, SUV Proton itu nanti akan didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini. Antaranya;

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kamera 360º 3D
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Sambungan Internet 4G
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar

Bagi anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton berkenaan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan diikuti dengan versi pemasangan tempatan (CKD), tahun depan.

Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga akan ditetapkan bagi SUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga suv proton, jualan ogos 2018 proton, jualan proton, SUV Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my