• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati

Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati

August 17, 2018 By Aryon Leave a Comment

96
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


OPERASI kapit atau clamp motosikal di Subang Jaya berjaya mengurangkan jumlah penunggang yang melakukan kesalahan parkir di sekitar bandar tersebut, menurut Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Menurut MPSJ lagi, operasi yang kali pertama diperkenalkan di Selangor itu menunjukkan kesan positif sejak mula dikuat kuasa pada Julai lalu di beberapa kawasan tumpuan ramai seperti Sunway, USJ10 dan SS15.

BACA >>> Operasi E-Grip MPSJ Berkuat Kuasa 3 Julai - Motosikal Pun Boleh Kena 'Clamp' Sekarang!

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, pihaknya sudah mengeluarkan 152 kompaun di bawah operasi tersebut setakat 6 Ogos lalu.

"Kami gembira dengan hasil amalan baru ini. Penunggang motor kini berhati-hati dengan larangan parkir dan menghalang ruang parkir khas," katanya seperti dipetik The Star.

Noraini juga berkata, MPSJ memiliki 30 kunci kapit yang digunakan untuk mengapit tuil brek dan terotel motosikal yang menghalang penunggang bergerak. Mereka yang didapati bersalah akan dikompaun di bawah Akta Pengangkutan Jalan MPSJ 2007.

Bayaran denda dikenakan ialah RM30, meliputi RM5 untuk kapit dan caj kompaun RM20, manakala baki RM5 ialah untuk caj perkhidmatan. Noraini juga berharap amalan tersebut mampu membuatkan penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir disediakan.

Salah seorang penduduk USJ 2, Harcharan Kaur Sidhu memuji tindakan MPSJ sambil mengatakan ia sepatutnya sudah lama dibuat.

BACA >>> Grip-Lock: Peranti Antikecurian Motosikal Saiz Poket yang Mudah Guna dan Berkesan

"Sebagai penduduk, saya terkejut dengan sikap pentingkan diri ditunjukkan orang di Subang. Penunggang kadang-kadang penuhkan lot parkir dengan motosikal mereka dan pergi begitu saja. Kita perlu kapit motosikal tanpa fikir panjang," kata Harcharan.

Sementara itu, penduduk USJ 6 berkata, ia tindakan positif ke aran mewujudkan komuniti lebih baik.

"Ini cuma permulaan mendidik orang awam tentang keperluan memarkir di kawasan dikhaskan untuk mereka," katanya.


Apa kata pembaca semua?

Rasanya penduduk Subang Jaya tentu lebih arif tentang masalah penyalahgunaan parkir di kalangan penunggang motosikal di kawasan mereka, terutama di tempat-tempat dinyatakan di atas.

Namun, daripada komen pembaca pada artikel lalu, ramai penunggang mengeluh mengenai ruang parkir yang tidak cukup. Ada pula parkir yang diletakkan terlalu jauh di kawasan tertutup yang mendedahkan motosikal mereka kepada pencuri.

KREDIT FOTO & SUMBER: TheStar

Related

96
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, kapit motosikal, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Motorcycle Clamp, MPSJ, Noraini Roslan, Operasi Kapit Motosikal, Subang Jaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my