• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!

BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!

August 14, 2018 By Abang GYL 2 Comments

630
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BMW i8 Coupe (2018) MalaysiaMULA diperkenalkan pada 2014, model sport BMW i8 Coupe (2018) kini sekali lagi terjah pasaran tempatan dengan penampilan lebih mengancam dan berkuasa.

Berbanding versi terdahulu, BMW i8 Coupe (2018) dengan posisi tempat duduk 2+2 itu didatangkan dengan rekabentuk menggiurkan selain padanan enjin dan bateri lebih berkuasa tinggi.

BMW i8 Coupe (2018) Malaysia

Berikut ialah 7 perkara menarik mengenai BMW i8 Coupe (2018) yang perlu anda tahu.

1. ENJIN LEBIH BERKUASA

Hadir dengan enjin bersesaran 1.5L bersama bantuan transmisi kotak gear Steptronic 6-kelajuan, model Plug-In Hybrid itu kini dipadankan dengan kapasiti bateri lebih tinggi iaitu 33 Ah berbanding versi terdahulu yang berjumlah 20 Ah.

Kuasa elektrik juga ditingkatkan sebanyak 9kW. Hasil bantuan motor elektrik dengan enjin pembakaran 3-silinder pengecas turbo, BMW i8 Coupe (2018) mampu menghasilkan kuasa sebanyak 374hp dan tork 570Nm.

Pecutan dari 0-100kmj pula mampu dibuat sepantas 4.4 saat dengan pecutan maksimum 250kmj. Walaupun menawarkan hamburan kuasa tinggi, penggunaan bahan api BMW i8 Coupe (2018) hanya mencatatkan penggunaan 1.8L per 100km.

2. TIGA MOD PEMANDUAN

Bagi menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan, BMW i8 Coupe (2018) turut didatangkan dengan tiga mod iaitu e-Drive, hibrid dan SPORT.

3. HARGA

  • BMW i8 Coupe (2018) - RM1,310,800 Sahaja

* Harga atas jalan tidak termasuk insurans

4. DUA PILIHAN WARNA MENARIK

  • Putih (Crystal White) bersama sorotan warna kelabu (Frozen Grey)
  • Kelabu (Donington Grey) dengan rekaan Black Amido atau Accaro pada ruang dalaman

BACA >>> Nissan GT-R NISMO GT3 - RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka

BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
Harga BMW i8 Coupe (2018) Malaysia

5. LUARAN AWESOME

Rekaan luaran BMW i8 Coupe (2018) masih kekal menggiurkan. Ruangan roda didatangkan dengan rim aloi bersaiz 20-inci.

  • Roda Hadapan - 215/45 R20
  • Roda Belakang - 245/40 R20

6. DALAM LEBIH SPORTY

Ruang dalaman juga menampilkan rekaan lebih sporty dan dinamik. Kokpit BMW i8 Coupe (2018) dilengkapi dengan Paparan Head-up BMW. Ia boleh bertukar ke paparan sport dan merangkumi rev enjin (rpm), gear, serta lampu penukaran gear (shift lights) apabila gear ditukar secara manual dalam mod SPORT.

Antara penambahbaikan dalaman turut dilakukan termasuklah trim Karbon CFRP ‘open-pore’ pada konsol pusat, pemegang pintu, inlai papan pemuka (dashboard inlay), pengawal berseramik (ceramic controls) dengan logo i8 dan kemasan seramik pada tuil pemilih gear.

7. WARANTI 5 TAHUN

Pembeli BMW i8 Coupe (2018) bakal menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia. Ia merangkumi:

  • 5 tahun waranti tan had perbatuan bersama program servis berjadual percuma
  • Program waranti tayar selama 2 Tahun oleh BMW
  • Bantuan tepi jalan dan Hotline kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card
  • Servis Atas Talian oleh BMW

Tunggu apa lagi?

BACA >>> 10 Fakta Pantas | Porsche 911 GT2 RS (2019) Sempena Ulang Tahun ke-70 - RM2.9 Juta

GALERI

BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
Harga BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) MalaysiaBMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
Harga BMW i8 Coupe (2018) Malaysia
BMW i8 Coupe (2018) Malaysia

Related

630
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW i8 Coupe (2018), BMW i8 Coupe baru, BMW Malaysia, BMW sport, Enjin BMW i8 Coupe baru, Harga BMW i8 Coupe (2018), Harga BMW i8 Coupe baru

Comments

  1. Fara says

    January 6, 2022 at 12:38 PM

    Berapa had kelajuan untuk tangki penuh

    Reply
    • AO says

      January 8, 2022 at 11:11 AM

      Had kelajuan tiada kena mengena dengan isi minyak penuh.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev