Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Fakta Pantas | Porsche 911 GT2 RS (2019) Sempena Ulang Tahun ke-70 – RM2.9 Juta
Roda4

10 Fakta Pantas | Porsche 911 GT2 RS (2019) Sempena Ulang Tahun ke-70 – RM2.9 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE pertama – roadster Porsche 356 didaftarkan pada 8 Jun 1948 dan kini selepas 70 tahun, jenama itu memang cukup sinonim dalam pembuatan kereta sport berstatus premium.

Jadi, sempena hari ‘Porsche Sportscar Together’ bagi meraikan ulang tahun 7 dekad itu, Sime Darby Auto Performance (SDAP) melancarkan model 911 GT2 RS (2019) baharu ke pasaran tempatan.

Berikut 10 fakta ringkas tentang Porsche 911 GT2 RS (2019):

1. Bukan sekadar model paling berkuasa, tetapi juga siri 911 paling laju pernah dibangunkan Porsche. Model ini memiliki prestasi seakan jentera supersport dan berjaya mencatatkan rekod masa 6 minit 47.3 saat di litar Nurburgring.

2. Trenkuasa dijana enjin 3.8L yang turut digunakan 911 Turbo S. Enjin biturbo flat six menghasilkan kuasa 700hp dan tork maksimum 750Nm.

3. Dipadankan transmisi dual klac PDK 7-kelajuan dengan kelajuan 0-100 km/j sepantas 2.8 saat dan kelajuan maksimum 340 kmj.

4. Ekzos titaniumm membolehkan berat jentera dikurangkan 7kg berbanding 911 Turbo. Ini turut menampilkan ciri pembangunan sistem ekzos baharu dengan silenser belakang dan bunyi penuh daripada turbo prestasi tinggi.

5. Material gentian karbon pada cermin sisi, corong udara, panel belakang kereta dan komponen dalaman turut mengurangkan berat kereta. Porsche turut menawarkan pakej Weissach, terdiri daripada bumbung dan rim magnesium serta bar antirol titanium yang 30kg lebih ringan.

BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang Porsche Cayenne Gen-3, Pra Tempahan Kini Dibuka

6. Ruang penumpang didominasi kemasan kulit Alcantara merah dan hitam dengan kemasan karbon sebagai standard.

7.  Seperti model 911 lain, sistem infotaiment Porsche Communication Management (PCM) menjadi unit kawalan utama audio, navigasi dan komunikasi.  Sementara itu, modul Connect Plus dan aplikasi Porsche Track Precision (PTP) didatangkan standard dengan fungsi rekod, papar dan analisis data pemanduan pada telefon pintar.

8. Didatangkan dengan rim lebih besar bersaiz 265/35 ZR 20 di depan dan 325/30 ZR21 di belakang. Tidak ketinggalan, 911 GT2 RS dipadankan brek komposit seramik Porsche sebagai standard.

9. Khas buat pemilik, Porsche menawarkan jam tangan edisi khas yang diperbuat daripada titanium dan boleh ditempah di pengedar rasmi Porsche Centre.

10. Boleh dimiliki pada harga bermula RM2.9 juta (termasuk cukai, tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans) dengan jaminan 4 tahun.

GALERI
fakta pantas Kereta Sport Porsche Porsche 356 Porsche 911 Porsche 911 GT2 RS Porsche Sportscar Together Roda4 Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.