• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Siapa Menang? Lumba Drag Yamaha Y15ZR vs Honda RS150R (Versi Vietnam)

Siapa Menang? Lumba Drag Yamaha Y15ZR vs Honda RS150R (Versi Vietnam)

July 31, 2018 By Aryon 1 Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU bersembang pasal trend kapcai di Malaysia masa kini, memang tidak sah kalau tidak bersembang pasal dua model paling popular ini, Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Walaupun ada kapcai lain yang berkuasa sama tiba lebih awal seperti Suzuki Belang R150 (2009), termasuk pesaing baharu seperti Benelli RFS150i (2017), pertempuran klasik tetaplah antara Yamaha dan Honda. Dua jenama itu jugalah yang digilakan anak muda Malaysia.

Sekian mukadimah. Di Vietnam pertempuran kapcai turut berlaku antara dua model tersebut. Di sana, Yamaha Y15ZR dipanggil Exciter 150, manakala Honda RS150R dipanggil Winner. Spesifikasi sama saja seperti di Malaysia dan apa yang berbeza cuma warna, strip grafik dan signal capang (signal Exciter juga capang, tetapi Winner tidak).

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Yamaha Y15ZR Facelift Dikesan, Brosur Vietnam Kuatkan Spekulasi!

Di bawah ini kami jumpa dua video pendek dari Vietnam tentang lumba drag antara Exciter (Yamaha) dan Winner (Honda):

* Dua model Vietnam di bawah ini akan dirujuk sebagai Y15ZR dan RS150R untuk lebih mudah faham.

VIDEO 1

Video di bawah ini diuji wakil daripada satu laman web alat ganti di Vietnam, Denxemay.vn. Ada dua ujian dilakukan dan kedua-duanya dimenangi RS150R (putih). Y15ZR tertinggal agak jauh lebih kurang satu setengah tiang lampu jaraknya.


VIDEO 2

Video LookChannel di bawah ini cuba nampak lebih telus dan profesional dengan kehadiran makwe grid dan panjang trek yang ditetapkan pada jarak 500 meter, manakala kedua-dua joki bertukar motosikal untuk ujian pusingan kedua. Jadi, setiap joki akan menunggang jentera lawan masing-masing.

Keputusannya juga sama, pusingan pertama RS150R (putih) menang mudah mengatasi Y15ZR dengan jarak setengah tiang. Pada pusingan kedua pula, Y15ZR berjaya mendahului lawan pada 300 meter pertama sebelum dipintas RS150R pada baki trek terakhir dengan begitu tenang dan bersahaja.


KESIMPULAN

Berdasarkan paparan dua video di atas, jelas sekali RS150R (Winner) lebih berkuasa berbanding Y15ZR (Exciter 150). Kami cuba mencari sebarang video ujian dari Malaysia, tetapi tidak berjumpa. Yang ada pun cuma rempit jalanan.

BACA >>> Honda RS150R (2017) Terima Warna, Strip Baharu - Lebih Sporty & Ganas

Tetapi kalau dibandingkan spesifikasi atas kertas, RS150R memang lebih dominan berbanding lawannya itu dengan kuasa 15.4hp, manakala Y15ZR, 15hp. Sebaliknya tork Y15ZR lebih tinggi 13.8Nm, berbanding RS150R (13.5Nm). Rev enjin juga berbeza untuk mencapai kedua-dua angka kuasa dan tork itu. Boleh baca di SINI. Tetapi kesimpulannya, RS150R lebih power dalam pertempuran drag.

Namun di pentas Kejuaraan Cub Prix, jentera Yamaha lebih mendominasi kategori CP150. Ini dibuktikan kedudukan 7 terbaik sepanjang perlumbaan 2018 dikuasai pasukan yang mempertaruhkan jentera Yamaha (baca SINI).

Persoalannya, adakah setting standard dua super moped versi Malaysia ada perbezaan?

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: drag, Honda RS150R, Honda Winner, Kapcai, lumba drag, Moped, roda2, super moped, videotomotif, Yamaha Exciter 150, Yamaha Y15ZR

Comments

  1. Vicknesh says

    June 11, 2023 at 12:55 PM

    Rs150 r power bro...lagi model rsx150..lagi power...tabir...honda...6 speed...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev