SUSULAN kejayaan platform Arkitektur Modular Kompak atau Compact Modular Architecture (CMA) hasil kerjasama dengan Volvo, Geely mengumumkan projek pembangunan arkitektur modular pertama yang dihasilkan secara independen.
Dipanggil BMA, yakni singkatan kepada Modular Arkitektur Segmen-B atau B-Segment Modular Architecture (BMA), platform tersebut akan digunakan untuk menghasilkan model-model kompak yang terdiri daripada sedan, wagon, crossover dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
BACA >>> Apa Geely Sudah Buat kepada Proton Sejak Jadi Rakan Strategik Asing?
Model pertama dibangunkan berasaskan platform BMA ialah crossover dengan nama kod SX11 yang khabarnya bakal dilancarkan tahun ini. Geely turut mengesahkan model tersebut akan dikuasakan enjin 1.5L pengecas turbo berkuasa 177hp dan tork 255Nm. Selain dibangunkan dengan bantuan Volvo, platform sama turut digunakan pada model XC40 dan Lynk & Co 01.
BMA - PLATFORM PELBAGAI GUNA
Selain enjin, platform BMA juga direka untuk menampung trenkuasa lain termasuk hibrid plug-in (PHEV) dan hibrid ringan. Malah boleh dipadankan dengan enjin kecil 3-silinder berkapasiti 1.0L pengecas turbo dan 4-silinder 1.4L pengecas turbo.
Tidak banyak diperkatakan Geely, tetapi secara asasnya platform baharu itu bolehlah dibandingkan dengan platform TNGA (Toyota) dan MQB (Volkswagen). Menariknya, platform tersebut akan digunakan 'jenama subsidiari Geely di luar negara' dan 'pengeluaran berasaskan BMA yang akan dilancarkan di Eropah, Eropah Timur, Afrika, Amerika Selatan, Timur Tengah dan Asia Tenggara'.
Adakah ini bermakna BMA akan menjadi platform pembangunan model baharu Proton sejak menjadi rakan strategik dengan gergasi automotif China itu?
BACA >>> #AutoChina2018: 8 Fakta Pantas | Geely Borui GE - Bakal Jadi Proton Perdana Baharu?
Kembali mengenai SX11, imej crossover itu ada didedahkan pada Februari lalu. Menurut laporan, SUV itu akan tampil dengan saiz 4,330mm panjang, 1,800mm lebar dan 1,609mm tinggi dengan jarak roda 2,600mm, menjadikan ia sedikit besar berbanding pesaingnya, Honda HR-V.
Leave a Reply