• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 790 Duke CBU @ Sang Pisau Bedah Kini di Malaysia - RM64k Sahaja!

KTM 790 Duke CBU @ Sang Pisau Bedah Kini di Malaysia - RM64k Sahaja!

June 12, 2018 By ZY Leave a Comment

568
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 790 Duke, jentera middleweight dwi-silinder sebaris pertama KTM yang menggamit perhatian pengunjung di Pameran Motosikal Milan (EICMA) penghujung tahun lalu kini tiba di Malaysia sebagai unit import sepenuhnya (CBU).

Menerusi pengumuman KTM Malaysia di laman Facebook Jumaat lalu, 790 Duke @ 'Sang Pisau Bedah' atau 'The Scalpel' - gelaran untuk jentera terbaharu KTM ini - ditawarkan pada harga agak kompetitif, iaitu cuma RM64,800 sahaja (dengan GST 0% dan tanpa cukai jalan+insurans).

Sebelum anda melenting mengatakan 790 Duke ini agak mahal untuk sebuah jentera middleweight dwi-silinder sebaris, bawa bertenang kerana bukan itu sahaja yang ditawarkan.

Selain enjin, KTM 790 Duke didatangkan dengan rekaan frem twin backbone baharu

Kepada yang belum tahu, nadi jentera KTM ini ialah enjin daripada keluarga LC8 dengan rekaan terbaru; LC8c (c untuk compact/kompak) - 799cc dwi silinder sebaris DOHC 4-injap dengan aci engkol (crankshaft) pada sudut ofset 75°, memberikan karakteristik kuasa hampir sama dengan streetfighter buas KTM, 1290 Duke yang dijana enjin V-Twin 75°. Menurut KTM, enjin V-Twin hampir digunakan untuk 790 Duke ini, tetapi diubah kepada dwi-silinder sebaris untuk lebih kompak dan ekonomi.

Selain enjin serba baharu, berikut antara ciri penting lain yang pasti membuatkan pembelian anda berbaloi:

  • Teknologi Ride-by-Wire dengan 4 mod tunggangan - Sport, Street, Rain dan Track (mod kustom individu).
  • Mod Supermoto - Mod berasingan yang membolehkan penunggang menyah aktif TC (Kawalan Traksi) dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pada roda belakang.
  • Paparan meter digital LCD TFT berwarna - Datang dengan sokongan aplikasi sambungan telefon pintar, MY RIDE.
Antara paparan My Ride pada panel meter 790 Duke
  • Bar hendal boleh laras 12 tetapan.
  • Peredam stereng sebagai standard untuk meredakan situasi stereng gelupur atau tank slapping.
  • Kawalan elektronik penuh, terdiri daripada TC yang mengesan sudut miring, Belokan ABS, Regulasi Gelincir Motor (MSR), Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur.
  • Quick Shifter, tidak perlu lagi menukar gear menggunakan klac.

KTM 790 Duke kini boleh didapati di wakil-wakil pengedar KTM seluruh Malaysia, boleh rujuk senarai DI SINI.

GALERI

Related

568
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: harga ktm 790 duke, harga ktm duke 790, KTM, ktm 790 duke, KTM Duke, ktm lc8c, ktm parallel twin 75, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my