• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Ranger Raptor Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Tempahan Dibuka Sekarang!

Ford Ranger Raptor Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Tempahan Dibuka Sekarang!

April 20, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MELIHAT laman web rasmi Ford Malaysia ketika ini, jelas tertera imej Ranger Raptor dengan tertulis perkataan 'RANGER RAPTOR COMING SOON' (Ranger Raptor Akan Datang). Jadi, sudah terang lagi bersuluh model trak pikap itu bakal tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Khabarnya, sekitar hujung tahun ini!

Sebaik saja memasuki laman utama Ranger Raptor, Ford Malaysia memperkenalkan trak pikap itu dengan sebaris ayat 'Ini bukan trak. Ini ialah Ranger Raptor'. Pelikkan?
Menurut Ford, Ranger Raptor dibangunkan khusus untuk pasaran Asia dan bukan versi dipertingkat daripada mana-mana model.  Kenderaan ini sememangnya dihasilkan khas untuk meredah apa saja rupa bumi. Kepada mereka yang berminat, model ini kini boleh ditempah menerusi laman web Ford Malaysia.

Apa tunggu lagi? Pecahkan tabungan sekarang!

Tiada harga didedahkan. Bagaimanapun, di negara jiran Thailand, Ranger Raptor dijual pada harga RM210,000. Jadi, ramalan harga diramalkan tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Wow!

BACA >>> 5 Fakta Pantas | Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

Ranger Raptor dirombak secara besar-besaran daripada Ranger T6, dan dibekalkan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel berkuasa 210hp dan tork 500Nm dengan padanan kotak gear automatik 10-kelajuan yang menawarkan nisbah gear lebih lancar selain menambah baik aspek pecutan dan respon kuasa. Anjakan transmisi juga lebih pantas.

Dimensi Ranger Raptor memiliki 1,873mm tinggi, 2,180mm lebar dan 5,398mm panjang. Lebar trek tayar depan dan belakang ialah 1,710 mm (lebih lebar 150mm berbanding Ranger), manakala jarak tinggi tanah, 283mm.

Rekabentuk luaran trak pikap ini diserlahkan menerusi penampilan gril depan hitam dengan frem unik yang tertera huruf FORD besar. Liang udara pada lampu kabus LED berfungsi mengurangkan rintangan angin ketika memecut lagi. Kerusi semi-bucket direka untuk keselesaan pemanduan off-road, manakala ruang kabin diberikan kemasan trim benang biru di beberapa bahagian.

Bersedia?

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4WD, 4x4, Ford, Ford Malaysia, Ford Ranger, Ford Ranger Raptor, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my